YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Wednesday, 30 January 2013

Makan anak kerana lapar

PYONGYANG 29 Jan. - Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times.
 
Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini.

Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini.

Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.

Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran.
Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui.

Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'.
 
Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI

 

Tengku Fiella- Bekas kekasih Nazmi

Foto

Kota Bharu: “Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli, 21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.

Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai miliknya, m enuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.

Menurut Tengku Fiella, dia kini bukan lagi teman wanita Nazmi kerana sudah memutuskan hubungan dengan pemain bola sepak kelab SC Beira-Mar, Portugal itu, tiga minggu lalu.

Katanya, selepas memutuskan hubungan, Nazmi ada menghubunginya, tetapi dia tidak menjawabnya sehingga Nazmi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan mahu memalukan serta memburukkan namanya.
 sumber metro

_________________________________________________

AWAL pagi Isnin yang cerah, dunia seni dan dunia sukan tempatan dikejutkan dengan berita panas. Kisah ini ciptaan bintang bolasepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Walaupun Nazmi berada dalam dunia sukan, tetapi kes ini menjadi bertambah hangat apabila ia turut membabitkan nama-nama 'panas' yang lain.

Nazmi mendakwa, suami kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak telah merampas dan menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.

Meskipun Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian, ternyata kenyataan itu membawa kesan yang sangat hebat kepada Aidil sendiri.
 
Menurut Aidil, dia menjadi mangsa 'permainan' dan rasa kecewa wanita bernama Tengku Fiella itu. Hits dapat mendengar luahan hati Aidil pada petang Isnin lalu. Dalam pada itu, Rita Rudaini pula mengaku semakin 'geli' dengan pelbagai kisah cinta yang dikaitkan dengan suaminya akhir-akhir ini.

Buang bayi di Sungai Besar- Bayi di dalam beg

Sungai Besar: “Saya ingatkan dia sudah mati kerana matanya tertutup, tetapi sebaik menyentuh pipinya saya tahu dia masih bernyawa kerana matanya tiba-tiba terbuka dan dia mengeliat,” kata Hairudin Hassan, 51, yang menemui beg berisi bayi lelaki di depan kedai kopinya.

Kejadian berlaku jam 7 pagi semalam sejurus lelaki itu hendak memulakan perniagaan di Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, di sini.
pix_topright
Hairudin berkata, sejurus hendak membuka warung, dia ternampak beg pakaian atas lantai di ruang terbuka kedai dan ketika mendekati beg itu dia terkejut mendapati ada sekujur tubuh bayi di dalamnya.

“Saya nampak bayi dibalut kain batik dengan mata tertutup dan beg yang ditinggalkan itu tidak dizip lalu menyentuh bayi itu untuk memastikan sama ada dia masih bernyawa...syukurlah dia terjaga dan mengeliat,” katanya.

Berikutan penemuan itu, dia segera menghubungi polis yang tiba sejurus menerima maklumat untuk menjalankan pemeriksaan.

Dera - Suami isteri dipenjara 5 tahun

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas sepasang suami isteri kerana mendera anak saudara mereka yang berusia dua tahun, tiga bulan lalu.

Majistret K B Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Nasir Abd. Majid, 37, dan Zarinah Ab. Hadhy, 31, setelah mengaku bersalah melakukan kesalahan itu hingga menyebabkan kecederaan, di sebuah apartmen di Damansara Damai, antara 14 hingga 27 Oktober tahun lalu.

K B Elena memerintahkan hukuman penjara dijalankan bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 18 Disember tahun lalu.

Mohd. Nasir yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya, suri rumah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saphirra Selamat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius dan faktor mitigasi mereka yang tidak menunjukkan keinsafan.

Ibu kanak-kanak tersebut, yang dipanggil memberi keterangan berhubung keadaan mangsa memberitahu mahkamah bahawa anaknya masih trauma dan tidak normal seperti dulu. - BERNAMA

Saturday, 12 January 2013

Norfatin Aqilah Abdullah | Mangsa dera teman lelaki ibu



 Dipercayai didera oleh teman lelaki ibu yang khayal setelah mengambil dadah. Hasil siasatan polis, polis menahan ibunya, lelaki tersebut dan seorang remaja berusia 15 tahun. Ketiga-tiganya positif dadah.

Norfatin sebenarnya dijaga oleh ibu angkat tetapi setelah ibu kandungnya dikatakan akan berkahwin, jadi dia diserah semula kepada ibu kandung.







Tahniah wahai sang ibu. Anda memang bagus dan hebat!!! Jahanamlah hidup kau.

Thursday, 10 January 2013

Mat Yo hanya perlu bayar RM299k sahaja?

KRONOLOGI KES
NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA DAN
PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR

01.12.2011.
Kontrak ditandatangani di antara KAFA dan Pemain

12.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA memohon pelepasan untuk menamatkan kontrak

14.10.2012
Surat KAFA kepada Pemain menolak permohonan menamatkan kontrak

22.10.2012
Surat daripada PBNJ kepada KAFA bertanya mengenai status kontrak Pemain

24.10.2012
Surat KAFA kepada PBNJ memberitahu mengenai status kontrak Pemain yang tamat pada 30.11.2013

30.10.2012
Surat Pemain kepada KAFA menamatkan kontrak sebelah pihak berkuatkuasa 1 nov 2012(dgn notis 48jam sahaja)

30.10.2012(tarikh sama diatas)
Surat daripada PBNJ kepada KAFA menyatakan minat untuk menggunakan khidmat Pemain dan persediaan menebus baki kontrak Pemain sebanyak RM 300,000.00

12.11.2012
Surat jawapan KAFA kepada PBNJ mengenai tawaran pemindahan Pemain yang memberi terma pemindahan Pemain termasuk MENYATAKAN JUMLAH bayaran perpindahan yang sanggup diterima oleh KAFA

16.11.2012
Surat jawapan daripada PBNJ kepada KAFA menolak jumlah bayaran pemindahan KAFA dan menyatakan persetujuan hanya untuk membayar RM 250,000.00 kononnya menurut Artikel 39.2 Peraturan
(Yg sebenarnya merujuk kpd BAYARAN PERPINDAHAN..bukan PAMPASAN penamatan kontrek)

22.11.2012
Surat daripada Tetuan Bustaman bagi pihak KAFA kepada PBNJ dan Pemain menyatakan sebab-sebab bagi menyokong jumlah bayaran bagi pemindahan Pemain kepada PBNJ dgn huraian terperinci

20.11.2012
Surat daripada Pemain kepada FAM meminta pertolongan untuk menyelesaikan masalahnya dengan KAFA.

23.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan kepada KAFA mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM bagi membincangkan isu aduan Pemain yang dijadualkan pada 27.11.2012

27.11.2012
Surat daripada FAM memaklumkan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Status Khas FAM pada 27.11.2012 membenarkan pemain daftar dgn PBNJ spt di persetujui kafa TETAPI NILAI BAYARAN dan PERPINDAHAN akan di tentukan setelah meneliti affidavit kedua pihak

30.11.2012
Notis Rayuan difailkan oleh KAFA kepada FAM bersabit beberapa keputusan yg tidak konsisten dgn prosedur
-
7.12.2012.
Petisyen Rayuan difailkan oleh KAFA dengan FAM secara resmi dan terperinci

3.1.2013
TSAM menjawab pertanyaan media mengenai status kes mat yo dgn me maklumkan kafa belum menerima apa apa bayaran lagi DAN berharap FAM bantu menyelesaikannya

4.1.2013
TMJ menyatakan akan bayar RM250 hari ini juga spt DIARAH OLEH FAM dan minta TSAM jgn berdrama dan bertindak PROFESIONAL

5.1.2013
TSAM mengingatkan presiden PBNJ supaya lebih cermat dlm membuat komen dan jgn menggunakan nama FAM kerana FAM belum membuat keputusan spt di dakwa

6.1.2013
Akhbar menyiarkan pengesahan FAM BAHAWA MRAT MENGENAI HAL INI BELUM DIBUAT DAN HANYA AKAN BERSIDANG PD HARI KHAMIS 10.1.13 dan Di sahkan ada 2 isu berasingan yaitu PERPINDAHAN dan PAMPASAN

7.1.2013
Kafa menerima surat peguam mat yo berserta bank draft RM250k kpd kafa dan kafa menyerahkan perkara itu kpd PEGUAM BUSTAMAN &co memandangkan FAM Belum membuat keputusan terhadap NILAI BAYARAN PERPINDAHAN DAN NILAI BAYARAN PAMPASAN PENAMATAN KONTREK..

Wednesday, 9 January 2013

Status facebook isteri Mat Yo yang panas


Jawapan dari Tan Sri Annuar Musa :
Ada yg minta saya komen tentang status fb orang tertentu termasuk yg mengata atau menghina saya secara peribadi..JUJUR SAYA KATAKAN SAYA TAK APA APA..BIAR SAJALAH MEREKA DGN CARA MEREKA..kita doakan ALLAH MEMBANTU KITA DAN MEMBANTU MEREKA AGAR TERHINDAR DARI SIFAT BURUK DAN MELAMPAU..KASIHANILAH MEREKA DAN SEMOGA ALLAH AKAN MENGASIHANI KITA..BIASANYA DARI JIWA YG RESAH AKAN ZAHIR AKAL YG LEMAH..BANYAKKAN SOLAT DAN DEKATKAN DIRI DGN ALLAH..NESCAYA DTG SABAR DAN KETENANGAN..saya akan teruskan usaha mcm biasa dan apa apa berita dan fakta yg berfaedah utk KEBENARAN AKAN terus di kongsi dgn kawan kawan semua...TRW UNTUK SEMUA!!

Friday, 4 January 2013

Lagi bayi perempuan dibuang

SHAH ALAM: “Doa saya setiap hari agar kami dikurniakan anak, akhirnya dimakbulkan Allah sekalipun dalam keadaan begini. “Mungkin penemuan ini ada hikmahnya, saya berasa gembira walaupun geram dan sedih melihat tubuh bayi yang dibiar kesejukan,” kata Mohd Zakaria Saharudin, 43, yang menyelamatkan seorang bayi perempuan dipercayai dibuang.

Bayi perempuan berkenaan ditemui atas lantai tempat buang sampah, berdekatan Kota Kemuning, dekat sini, semalam. Mohd Zakaria berkata, dia tidak dapat menahan sebak terutama ketika membuang semut yang menghurungi kepala bayi malang itu sebaik ditemui jam 8.30 pagi berhampiran sebuah tadika swasta di Jalan Anggerik Vanilla bersama lima pekerja syarikatnya.

 “Sebenarnya sejak berkahwin selama 14 tahun, saya belum dikurniakan anak dan tak putus berdoa, bila bertemu bayi dibuang begini, runtun perasaan saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...