YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Thursday, 6 March 2014

Shalwati nafi tuduhan dera empat anak

Shalwati nafi tuduhan dera empat anak

Kuala Lumpur: Shalwati Norshal yang mula memberi keterangan semalam, menafikan terhadap semua tuduhan mendera keempat-empat anaknya.

Shalwati yang bertudung merah jambu dan berpakaian kot corak kotak, dibicarakan terhadap tuduhan itu di depan Hakim Mahkamah Daerah Solna, Sweden, Mattias Moller.

Beliau kelihatan yakin dan bersedia dengan memegang nota catatan biarpun diasak pelbagai soalan pihak pendakwaan dalam bahasa Sweden yang diterjemah ke bahasa Inggeris.

Ammar, seorang yang suka mencuri perhatian, selain dianggap sebagai 'raja drama' dalam keluarga” Shalwati Norshal, Ibu

Shalwati memberitahu mahkamah ada beberapa keterangan dalam rakaman video anaknya yang tidak berlaku dan mungkin kerana tindakan pihak penyiasat yang menyoal berulang kali.


Mahukan terbaik

Selain itu, katanya, beliau dan suami, Azizul Raheem Awalludin, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, terutama dalam pelajaran dan kelakuan yang baik.

Pegawai Pendakwa, Anna Arnell kemudian meminta Shalwati memberikan gambaran mengenai semua anaknya dan turut menyelitkan soalan berkaitan beberapa insiden pukul yang dinafikannya.

Shalwati berkata, Aishah, 15, disifatkan seorang pemalu, anak yang baik, menghormati orang tua dan suka membantu orang lain, malah aktif di sekolah sebelum mempunyai masalah berat badan.


Katanya, beliau mengakui ada memukul Aishah untuk pengajaran, namun tindakan terbabit dihentikan sejak anak sulungnya berusia 11 tahun 3 bulan selepas berpendapat hukuman fizikal tidak memberi kesan lagi.

“Ammar, seorang yang suka mencuri perhatian dan memperbesarkan cerita, selain dianggap sebagai ‘raja drama’ dalam keluarga.

“Anak kedua ini, gemar melakukan sesuatu dengan cepat sehinggakan kadangkala melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, terutama ketika menyiapkan kerja sekolah,” katanya.



Alami masalah disleksia

“Adam pula mengalami masalah disleksia dan seorang yang bijak tetapi mempunyai masalah mengeja, membaca dan mengira, manakala Arif, seorang yang pemalu, walaupun hakikatnya sangat peramah apabila bersama keluarga dan manja dengan ayah dan adik-beradik yang lain, ” katanya.

Ketika prosiding sedang berjalan, Azizul yang berkemeja hijau, bertali leher merah jambu dan berkot gelap kelihatan serius mendengar perbicaraan dan sekali sekala melemparkan senyuman kepada ahli keluarganya yang berada di kerusi awam.

Sajak ASP Kehormat Kamal Affendi Hashim



Bayi 4 bulan alami pendarahan otak, disyaki didera

IPOH: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mengalami pendarahan dalam otak disyaki akibat didera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, berkata bayi itu yang kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berada dalam keadaan stabil.

"Doktor memaklumkan tiada kesan kecederaan luaran, hanya ada kesan gegaran pada otak bayi. Hasil CT scan menunjukkan mangsa mengalami pendarahan dalam otak," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, bayi itu dibawa ke HRPB oleh ibu dan bapa mangsa yang tinggal di Taman Pulai Jaya, Simpang Pulai dekat sini.

Katanya, ibu mangsa yang berumur 30 tahun adalah seorang pekerja kilang manakala bapa mangsa, 40, adalah anggota tentera.

"Laporan polis dibuat oleh doktor di HRPB pada pukul 10.45 pagi ini," katanya.

Beliau berkata polis sedang mengambil keterangan ibu bapa serta pengasuh mangsa. Suspek kes itu masih belum dikenal pasti.
- BERNAMA

Tuesday, 4 March 2014

Strok haba

Muhammad Nasrullah bayi 8 bulan yang melecur

Bayi melecur perlu bantuan 

ALOR SETAR - Bapa kepada bayi lapan bulan yang mengalami masalah mengelupas kulit seakan-akan melecur terpaksa mengharapkan simpati keluarga menyara kehidupan mereka kerana perlu memberikan sepenuh perhatian menjaga Muhammad Nasrullah.

Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, yang bekerja sebagai penyelia stesen minyak di Jalan Stadium berkata, sejak kejadian berkenaan menimpa anaknya, dia kadang-kala jarang-jarang ke tempat kerja.

“Semenjak anak sakit, saya tidak dapat pergi bekerja seperti biasa kerana dirinya perlu perhatian 24 jam. Jadi, pendapatan boleh dikatakan tidak ada langsung untuk menyara kehidupan kami.

“Sekarang, kami terpaksa menyara kehidupan dan ubat anak hasil derma adik-beradik dan orang kampung. Disebabkan, keadaan dialami saya sememangnya memerlukan bantuan kewangan terutamanya untuk anak,” katanya.

Difahamkan, penderitaan dialami anak pasangan terbabit boleh disembuhkan jikalau kena caranya, namun Khairul Nizam bimbang ia memerlukan kos kewangan tinggi, sekaligus mengambil masa lama untuk pulih segera.

Lebih memburukkan keadaan, isterinya, Nur Shazira Mohd Salleh, 23, yang bekerja sambilan di sebuah kedai makan dengan pendapatan tidak menentu, terpaksa mengambil tindakan berhenti untuk menjaga anak mereka.

“Bukan sebarangan orang boleh pegang Nasrullah, kerana kulitnya kini sensitif, malah memegangnya ada cara agar kulitnya tidak mengelupas. Dia perlu menerima penjagaan rapi, dan tumpuan sepenuhnya, jadi ia agak menyulitkan kami,” katanya.

Justeru, orang ramai ingin membantu mengurangkan penderitaan dialami bayi berusia lapan bulan terbabit, sekaligus membolehkan dirinya sembuh segera boleh melakukannya dengan menghubungi bapanya di talian 017-5401280.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan penderitaan bayi berusia lapan bulan, Muhammad Nasrullah apabila sebahagian besar kulitnya bertukar kehitaman, lalu mengelupas sehingga menampakkan isi.

Akibat kesakitan, Nasrullah tidak henti menangis mahupun mengerang kerana kulitnya mengelupas akibat kekeringan sehingga menyebabkan dia perlu tidur dalam bilik berhawa dingin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...