YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Wednesday, 28 November 2012

Kemelut agama anak apabila bapa Islam, si ibu kafir

PUTRAJAYA - Seorang guru tadika memperoleh hak penjagaan terhadap tiga anaknya yang diislamkan bekas suaminya.

Ini kerana Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, kehabisan peluang untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan anak-anaknya kepada M.Indira Gandhi, 37, yang beragama Hindu.

Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan, 43, untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Muhammad Ridzuan mengemukakan permohonan itu setelah rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 April lepas berikutan kegagalan memfailkan rekod rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Ridzuan selepas berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberi pelanjutan masa kepadanya bagi memfailkan rekod rayuan.

Muhammad Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac 2010 dan dikehendaki memfail rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu mulai tarikh beliau memfailkan notis rayuan, namun peguam yang mewakilinya sebelum ini tidak berbuat demikian.

Rekod rayuan berkenaan difailkan setahun kemudian.

Pada prosiding hari ini, Hakim Arifin memerintahkan Muhammad Ridzuan membayar RM10,000 sebagai kos guaman.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14, serta Prasana Diksa (Ummu Habibah), empat tahun kepada Indira, dan membenarkan  Muhammad Ridzuan melawat anak-anaknya sekali seminggu.

Mahkamah itu juga memerintahkan agar Prasana Diksa, yang tinggal bersama Muhammad Ridzuan, dikembalikan kepada Indira manakala dua lagi anak mereka, yang tinggal bersama Indira, terus tinggal bersama ibu mereka  (Indira).

Muhammad Ridzuan memeluk Islam pada April 2009 dan mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan Indira.

Pada 24 April 2009, Indira memperoleh hak penjagaan sementara terhadap anak-anaknya daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 29 Oktober tahun sama, Muhammad Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah.

K.Shanmuga, antara peguam yang mewakili Indira, memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan esok untuk menyebut permohonan semakan semula kehakiman Indira bagi mengetepikan sijil pertukaran agama anak-anaknya.

Peguam itu berkata, satu prosiding menghina mahkamah terhadap Muhammad Ridzuan akan dimulakan berikutan kegagalannya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi agar Prasana Diksa dipulangkan kepada Indira.


notakaki : Islam agama rasmi negara kita kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...