SANDAKAN: Polis Kinabatangan sedang mencari ibu bapa atau
penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun
yang ditinggalkan di sebuah perhentian bas Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata orang awam
menemui kanak-kanak tersebut bersendirian di perhentian bas itu
berhadapan Sekolah Menengah Bukit Garam 2.
"Sesiapa yang kehilangan budak lelaki diminta tampil membuat kawad
cam di IPD Kinabatangan dengan segera," katanya ketika dihubungi.
Kanak-kanak itu kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
IPD Kinabatangan boleh dihubungi di talian 089-561890.
Sementara itu seorang bapa merayu anak perempuannya agar pulang
setelah dia dikatakan keluar dari asrama sekolah pada 2 Nov lepas.
Amat Morusin berkata anaknya Nurayuni, 15, pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Terusan Sugut, bersama seorang lagi rakannya dipercayai
keluar dengan dua lelaki yang merupakan kenalan mereka, kira-kira pukul 2
pagi menggunakan bot.
Orang ramai yang mempunyi maklumat mengenai remaja tersebut diminta
menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222.