KUALA LUMPUR - Polis berkata bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki
berusia tiga tahun yang mati di kediamannya di Semenyih semalam
mengesahkan budak itu adalah mangsa dera.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata hasil bedah siasat tersebut di Hospital Serdang mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki.
"Menurut doktor, terdapat dua kesan dera, yang terbaru kesan baru dua hari dan yang lama sudah seminggu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Irfan Raiyan Muhammad Shahn ditemui tidak bernyawa, oleh ibunya, ketika mahu mengejutkan anaknya itu, yang tidur, untuk mandi pada pukul 11 pagi semalam.
Ab Rashid berkata ibu mangsa seorang suri rumah berusia 25 tahun akan dipanggil untuk soal siasat mengikut seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. - Bernama
sumber berita dari sinar harian.
dengan berita ini bermakna berita dari metro dan kosmo sebelum ini adalah kanak-kanak yang sama. rujuk post di link di bawah ini.
http://kisahberita2u.blogspot.com/2013/02/dua-kanak-kanak-lelaki-berumur-3-tahun.html