ANAK SENYAP SELAMA-LAMANYA- HARIAN METRO
Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.
Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.
“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
_____________________________________________________
Budak maut kepala terhantuk lantai- KOSMO
SERDANG - Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas dia didakwa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai ketika bermain dengan abangnya di rumah mereka di Semenyih dekat sini kelmarin.Sebelum tidur malam kelmarin, mangsa Muhammad Irfan Raiyan Mohammad Shahn, 3, anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh ketika bermain-main dengan abangnya.
Keluarganya tidak membawa Irfan untuk pemeriksaan sebaliknya kanak-kanak itu terus tidur.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pada pukul 11 pagi semalam, ibu kanak-kanak itu terkejut apabila mendapati anaknya yang tidak bangun daripada tidur sudah tidak bernyawa.
notakaki : Adakah kanak-kanak yang sama atau yang lain? AlFatihah