YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Sunday, 3 February 2013

Terkini | William Zhen Zhong diklasifikasi mati mengejut

Kuala Lumpur: Polis mengklasifikasikan kematian William Yau Zhen Zhong, 6, sebagai mati mengejut selain tiada unsur mencurigakan termasuk didera.

Rumusan dibuat selepas polis mengambil keterangan lebih 30 individu selain menggunakan khidmat Pusat Temu duga Kanak-Kanak (CIC) Bukit Aman. 


Keterangan menerusi CIC


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ahmad, berkata abang mangsa yang berusia tujuh tahun individu terakhir direkodkan keterangan menerusi CIC selain mendapati maklumat yang diperoleh adalah dengan ibu bapa Zhen Zhong.

“Hasil siasatan yang dijalankan selain keterangan yang diambil lebih daripada 30 individu mendapati tiada unsur mencurigakan dan setakat ini polis masih mengklasifikasikan kematiannya sebagai mati mengejut.
“Dalam tempoh terdekat, polis tidak lagi mengambil keterangan mana-mana individu termasuk ibu bapa mangsa kerana berpendapat hasil keterangan sebelum ini sudah mencukupi,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pada Khamis lalu, polis memanggil semula ibu bapa Zheng Zhong serta anak sulung pasangan itu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan punca sebenar kematian kanak-kanak itu, selepas timbul dakwaan mengatakan mangsa didera.

Buat tinjauan semula

Yau Kok Kang, 32, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, manakala abang mangsa dibawa ke CIC untuk tujuan sama. Proses mengambil keterangan dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Yahaya berkata, pihaknya juga turut membuat tinjauan semula dari lokasi kehilangan Zheng Zhong sehingga ke lokasi penemuan mayatnya itu, namun tidak menemui sebarang bukti baru.

Zhen Zhong dilaporkan hilang di depan sebuah kedai alatan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya, pada 16 Januari lalu, dia dikatakan keluar mencari ibu bapanya di kawasan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...