YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Tuesday, 5 March 2013

Amah mati kebuluran di Pulau Pinang

 KEJAM! Perkataan kejam itu bukan terletak pada sesuatu bangsa atau agama atau negara yang kita boleh label mereka sebagai KEJAM. Kejam atau tidak, terletak pada hati nurani setiap insan. Bagi kita yang beragama Islam, tentunya keimanan membataskan kita untuk bersifat seperti binatang atau tidak. Bagi agama lain, mereka ada kepercayaan dengan nilai yang baik juga. Namun, apabila agama ditolak tepi, tiada apa yang boleh menyelamatkan. 

Admin sedih membaca cerita seorang wanita yang berusia 24 tahun, hanya seberat 21.6kg dengan tinggi 148cm. Indeks jisim badan hanyalah 11.9. Bayangkan bagaimana?

Baca berita di bawah ini -: 


GEORGETOWN - Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam bahawa seorang amah warga Kemboja maut disebabkan kebuluran.

Zahari merupakan saksi pertama daripada tujuh saksi pihak pendakwaan berkata, indeks jisim tubuh si mati sangat rendah iaitu 11.9, satu angka jauh lebih rendah daripada tahap minimum yang tergolong dalam 16 kategori paling rendah.

“Selain indeks jisim tubuh, laporan bedah siasat menunjukkan si mati mengalami 29 kecederaan, kebanyakan baru termasuk kesan pelbagai cakaran, lebam berpanjangan yang dipercayai akibat objek tumpul yang panjang seperti rotan atau getah paip.

Dipercayai si mati juga tidak diberi makanan, didera dan diabaikan.

“Lapisan abdomen si mati didapati terlalu nipis dan ototnya hampir tidak ada lapisan lemak menyebabkan usus dan perutnya hampir melekat,” katanya.

Zahari berkata, berdasarkan laporan bedah siasat pada April tahun lalu ke atas si mati, Mey Sichan, 24, mendapati berat badan si mati hanya 26.1 kilogram dengan ketinggian 148 sentimenter.

“Si mati juga dilaporkan mempunyai tanda-tanda di hidrasi atau kehilangan cairan tubuh dalam jumlah banyak,” katanya.

Selepas mendengar keterangan dikemukakan oleh Zahari berdasarkan laporan forensik terhadap si mati, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan perbicaraan bersambung esok (hari ini).

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng.

Tahun lalu, pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu.

Soh Chew Tong, 43, dan Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, di sebuah premis menjual alatan pertukangan rumah, Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak antara 1 Januari hingga 1 April dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...