YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Sunday, 7 April 2013

Bayi mungkin maut kerana dicampak di Damansara Damai




  


Mayat bayi cukup sifat ditemui sekitar jam 7 pagi tadi berhampiran persimpangan ke Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

Berada di lokasi, Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Noorazlina Darkaseh dan beberapa anggota polis.

"Masa saya tengok tadi, muka bayi itu diurung dek semut. Hampir mengalir airmata saya sewaktu meletakkan mayat itu di atas pelapik," ujar anggota polis cawangan jenayah bertugas 24 jam.

Bayi terbabit dipercayai dicampak atau diletakkan di tepi jalan pada awal pagi dengan tujuan mayatnya ditemui oleh orang ramai.

Dua kenderaan pacuan empat roda, membawa pegawai dan anggota polis Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Selangor tiba di lokasi.

Antara wajah amat saya kenali, Mokhtar Hussin, 53 tahun. Mokhtar antara jurugambar pasukan Jabatan Forensik IPK Selangor berulang kali saya temui sewaktu mengendalikan program 999 lebih 10 tahun lalu.

"Berapakah usia anak sulung abang?," soal saya Mokhtar.

"Tiga puluh satu," balasnya.

Sukar saya mencongak, dalam tempoh puluhan tahun kerjaya membantu pasukan Forensik di seluruh Selangor, berapakah jumlah bilangan mayat ngeri telah dirakamkannya.

"Dahulu cuma ada satu pasukan sahaja, sekarang ada tiga," jelas Mokhtar dalam pertemuan singkat itu.

Mayat bayi ditemui itu berbalut lampin.

Mayat bayi perempuan itu kemudian dirakam dan diperiksa secara lebih terliti.

Melalui pengamatan saya, terdapat tompokan darah di muka mayat. Bahagian pusat dilapik menggunakan kapas barangkali dibekalkan oleh klinik atau hospital. Cecair kuning, anti septik, povidone iodine, bertujuan mengelakkan jangkitan kuman ke atas luka turut digunakan.

Selain muka mayat kelihatan berkedut, mungkin akibat kesejukan, buih juga didapati keluar dari hidung.

Hemat saya, terdapat kebarangkalian bayi itu dicampakkan ke bawah dari lokasi tepi jejantas di bahagian kanan gambar di bawah.

Polis masih menyiasat sebab kematian.

Kepada mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini, sila salurkan kepada pihak polis di balai berhampiran.

Terima kasih kepada Wan Sinar Harian kerana sudi berkongsi cerita..


berita dari sinar harian 

PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh
seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...