YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Saturday, 9 November 2013

Siapa pemenang kasut emas yang pilihan TRW?

Walaupun bakal kehilangan lapan tonggak utama musim depan, Kelantan akan tetap menjadi pasukan digeruni kerana bakal mendapat sentuhan beberapa nama besar dalam liga Malaysia.

Dua bekas pemenang anugerah Kasut Emas, iaitu penjaring terbanyak antara yang akan menguatkan cabaran skuad Red Warriors.

Perkara tersebut disahkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam entri terbarunya di Facebook milik beliau semalam, namun nama-nama pemain terbabit tidak didedahkan.

"Doa-doakan supaya tiga pemain yang pernah memenangi anugerah kasut emas akan bersama The Red Warriors 2014.

"Dua sudah muktamad, seorang lagi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Hidup dicabar adalah cabaran hidup," katanya.

Tiga penyerang import, Marlon Alex James, Jean-Emmanuel Effa Owona dan Francis Forkey Doe antara pemenang Kasut Emas yang dikaitkan dengan The Red Warriors.
 
Dua pemain tempatan yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas pula adalah Abdul Hadi Yahya (2011) dan Mohd. Ashaari Shamsuddin (2010)

Sementara itu, beberapa pemain seperti Khyril Muhaymen Zambri dari Kedah, Lot Abu Hasan (PKNS) dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Harimau Muda A) dikatakan berada dalam radar KAFA.

Dalam pada itu, Annuar membidas sikap pemain tertentu kerana 'berpura-pura' sayangkan pasukan, tetapi berhijrah ke pasukan lain pada musim depan.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada pemain terbabit untuk terus kekal dan beraksi bersama-sama dengan rakan pasukan yang lain.

"Ada yang berpura-pura menulis dalam Facebook kononnya sayang dan mahu meninggalkan The Red Warriors, nak saya ceritakan sepenuhnya kisah macam mana saya terpaksa memujuk rayu sesetengah daripada mereka.

"Tidak perlu rasanya tetapi mereka tahu, ceritalah yang benar, apa nak malu, cerita apa permintaan mereka tak dapat KAFA tunai, kita pun sudah reda, yang hendak pergi, pergilah tidak usah reka alasan.

"Pintu KAFA tetap terbuka sampai sekarang, hendak keluar boleh, hendak masuk pun boleh, tutup pendaftaran 17 November ini, siapa pun datang dan pergi The Red warriors teruskan perjuangan dan tidak bergantung kepada individu," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, The Red Warriors bakal mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 penuh liku apabila beberapa tonggak utama yang menjadi tunjang kekuatan Kelantan bagi tahun 2012/2013.

Antara pemain yang akan meninggalkan Kelantan ialah Mohd. Norfarhan Mohammad, Indra Putra Mahyuddin,Azizi Mat Rose, Mohd. Rizal Fahmi Rosid, S. Subramaniam dan Mohd. Daudsu Jamaluddin.

Kelantan dijangka turut kehilangan sentuhan pemain tengah berbisanya, Mohd. Shakir Shaari dan tenaga muda, Mohd. Izuan Solahuddin yang memilih untuk menyertai pasukan baharu musim depan.

Anak seberat 227 kg. Tidak diizinkan naik kapal terbang

CHICAGO: Sebuah keluarga dari Perancis yang datang ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan kesihatan terkandas di lapangan terbang di Chicago selepas syarikat penerbangan British Airways memutuskan anak mereka terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.

Kevin Chenais, 22, dirawat selama setahun setengah di Mayo Clinic kerana masalah hormon tidak teratur yang menyebabkan beratnya mencecah sehingga 227 kilogram.

Ibunya hampir menangis ketika menceritakan masalah keluarganya itu kepada stesen televisyen rangkaian tempatan CBS.

"Kami salahkan British Airways kerana meninggalkan kami sedangkan merekalah yang menerbangkan kami ke sini," kata Christina Chenais kepada stesen televisyen itu.

"Jika mereka boleh bawa anak saya ke sini dalam keadaannya yang begitu dengan tiket penerbangan ekonomi, bawalah dia balik untuk dia meneruskan rawatannya (di negara sendiri)."

Keluarga itu tinggal selama seminggu di sebuah hotel di lapangan terbang itu untuk menyelesaikan masalah mereka. Keluarga itu kemudian kehabisan wang dan selepas itu memutuskan untuk menaiki keretapi ke New York sebelum menggunakan kapal persiaran Queen Mary merentas Lautan Atlantik.

Kevin Chenais memerlukan bantuan oksigen dan perhatian doktor sepanjang masa.

"Saya pasti banyak orang seperti saya atau yang lebih gemuk daripada saya menghadapi masalah yang sama," katanya kepada stesen televisyen itu.

"Saya tahu masalah ini akan timbul."

Jurucakap British Airways memberitah AFP bahagian khidmat pelanggan "berusaha keras untuk mencari penyelesaian".

"Kami selalu cuba membantu sekiranya terdaya dan selamat untuk berbuat demikian," kata Caroline Titmuss dalam emelnya.

"Malangnya, keadaan tidak memungkinkan untuk kami menempatkan penumpang itu dengan selamat dalam mana-mana pesawat dan keluarga tersebut telah ditawarkan pampasan penuh."

Syarikat penerbangan itu juga menyediakan hotel untuk keluarga berkenaan serta "bantuan dan sokongan" untuk mencari pilihan perjalanan yang lain.

Jurucakap pejabat konsulat Perancis memberitahu AFP ia "cuba mencari penyelesaian dengan British Airways tetapi syarikat penerbangan itu berpendirian tegas berhubung isu keselamatan".

Pejabat konsulat itu juga memberikan nama dua peguam yang mungkin boleh membantu mereka.

Keluarga Chenais tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Satelit GOCE jatuh ke bumi



       


Satelit GOCE Terhempas Ke Bumi Minggu Depan – Saintis

BERLIN: Agensi Penyelidikan Angkasa Eropah (ESA) berkata satu satelit penyelidikan GOCE miliknya akan jatuh dan terhempas ke bumi pada malam Ahad atau Isnin ini, namun serpihannya tidak membawa kepada sebarang kemalangan jiwa.

Saintis agensi itu berkata, satelit seberat 1,100 kilogram itu sudahpun jatuh pada paras altitut 170 kilometer dari kedudukan asalnya dan ketika ini sedang menjunam ke bumi.

“Sebaik ia mencapai altitut 80 kilometer, satelit pemantau bumi itu akan mula berkecai dengan satu perempat bahagiannya akan terbakar di atmosfera,” kata agensi itu hari ini.

Satelit GOCE dilancarkan pada 2009 untuk melakukan operasi pemetaan bumi dan satelit itu kehabisan sumber tenaga, sekali gus mengakhiri misi berkenaan. – AP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...