Walaupun bakal kehilangan lapan tonggak utama musim depan, Kelantan
akan tetap menjadi pasukan digeruni kerana bakal mendapat sentuhan
beberapa nama besar dalam liga Malaysia.
Dua bekas pemenang anugerah Kasut Emas, iaitu penjaring terbanyak antara yang akan menguatkan cabaran skuad Red Warriors.
Perkara tersebut disahkan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam entri terbarunya di Facebook
milik beliau semalam, namun nama-nama pemain terbabit tidak didedahkan.
"Doa-doakan supaya tiga pemain yang pernah memenangi anugerah kasut emas akan bersama The Red Warriors 2014.
"Dua sudah muktamad, seorang lagi akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. Hidup dicabar adalah cabaran hidup," katanya.
Tiga penyerang import, Marlon Alex James, Jean-Emmanuel Effa Owona
dan Francis Forkey Doe antara pemenang Kasut Emas yang dikaitkan dengan The Red Warriors.
Dua pemain tempatan yang pernah memenangi anugerah Kasut Emas pula
adalah Abdul Hadi Yahya (2011) dan Mohd. Ashaari Shamsuddin (2010)
Sementara itu, beberapa pemain seperti Khyril Muhaymen Zambri dari
Kedah, Lot Abu Hasan (PKNS) dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria (Harimau
Muda A) dikatakan berada dalam radar KAFA.
Dalam pada itu, Annuar membidas sikap pemain tertentu kerana
'berpura-pura' sayangkan pasukan, tetapi berhijrah ke pasukan lain pada
musim depan.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu kepada
pemain terbabit untuk terus kekal dan beraksi bersama-sama dengan rakan
pasukan yang lain.
"Ada yang berpura-pura menulis dalam Facebook kononnya sayang dan mahu meninggalkan The Red Warriors, nak saya ceritakan sepenuhnya kisah macam mana saya terpaksa memujuk rayu sesetengah daripada mereka.
"Tidak perlu rasanya tetapi mereka tahu, ceritalah yang benar, apa
nak malu, cerita apa permintaan mereka tak dapat KAFA tunai, kita pun
sudah reda, yang hendak pergi, pergilah tidak usah reka alasan.
"Pintu KAFA tetap terbuka sampai sekarang, hendak keluar boleh,
hendak masuk pun boleh, tutup pendaftaran 17 November ini, siapa pun
datang dan pergi The Red warriors teruskan perjuangan dan tidak bergantung kepada individu," katanya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, The Red Warriors bakal
mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 penuh liku apabila
beberapa tonggak utama yang menjadi tunjang kekuatan Kelantan bagi
tahun 2012/2013.
Antara pemain yang akan meninggalkan Kelantan ialah Mohd. Norfarhan
Mohammad, Indra Putra Mahyuddin,Azizi Mat Rose, Mohd. Rizal Fahmi Rosid,
S. Subramaniam dan Mohd. Daudsu Jamaluddin.
Kelantan dijangka turut kehilangan sentuhan pemain tengah berbisanya,
Mohd. Shakir Shaari dan tenaga muda, Mohd. Izuan Solahuddin yang
memilih untuk menyertai pasukan baharu musim depan.
No comments:
Post a Comment