CHELTENHAM, England - Seorang isteri didakwa menyerang suaminya menggunakan roti bakar dan mentega.
Perbalahan bermula apabila Julie Evans, 45, menyiram air ke atas
suaminya James, yang sedang tidur di sofa selepas berulang kali meminta
lelaki itu melakukan kerja rumah.
Pertengkaran mereka berlanjutan hingga keesokan harinya apabila pasangan tersebut duduk semeja untuk bersarapan.
"Wanita itu kemudian memarahi suaminya sebelum membaling roti bakar ke arah lelaki itu.
"James mahu beredar kerana menganggap isterinya memperbesarkan
perkara remeh tetapi wanita itu mengambil segenggam mentega lalu
melumurkan ke muka suaminya," kata pendakwa raya Theresa Perry.
"James pula cuba untuk melumurkan sebahagian mentega itu di belakang
isterinya tetapi mereka jatuh ke atas lantai semasa pergelutan
tersebut," Tambahnya.
Lelaki itu mengalami kecederaan belakang manakala telinganya koyak
menyebabkan dia terpaksa menerima 13 jahitan susulan insiden tersebut.
Bagaimanapun, Julie tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang
suaminya dengan melakukan perbicaraan kes itu akan disambung semula di
Mahkamah Majistret Cheltenham di sini pada Julai hadapan. - Agensi
No comments:
Post a Comment