YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Thursday, 6 March 2014

Shalwati nafi tuduhan dera empat anak

Shalwati nafi tuduhan dera empat anak

Kuala Lumpur: Shalwati Norshal yang mula memberi keterangan semalam, menafikan terhadap semua tuduhan mendera keempat-empat anaknya.

Shalwati yang bertudung merah jambu dan berpakaian kot corak kotak, dibicarakan terhadap tuduhan itu di depan Hakim Mahkamah Daerah Solna, Sweden, Mattias Moller.

Beliau kelihatan yakin dan bersedia dengan memegang nota catatan biarpun diasak pelbagai soalan pihak pendakwaan dalam bahasa Sweden yang diterjemah ke bahasa Inggeris.

Ammar, seorang yang suka mencuri perhatian, selain dianggap sebagai 'raja drama' dalam keluarga” Shalwati Norshal, Ibu

Shalwati memberitahu mahkamah ada beberapa keterangan dalam rakaman video anaknya yang tidak berlaku dan mungkin kerana tindakan pihak penyiasat yang menyoal berulang kali.


Mahukan terbaik

Selain itu, katanya, beliau dan suami, Azizul Raheem Awalludin, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, terutama dalam pelajaran dan kelakuan yang baik.

Pegawai Pendakwa, Anna Arnell kemudian meminta Shalwati memberikan gambaran mengenai semua anaknya dan turut menyelitkan soalan berkaitan beberapa insiden pukul yang dinafikannya.

Shalwati berkata, Aishah, 15, disifatkan seorang pemalu, anak yang baik, menghormati orang tua dan suka membantu orang lain, malah aktif di sekolah sebelum mempunyai masalah berat badan.


Katanya, beliau mengakui ada memukul Aishah untuk pengajaran, namun tindakan terbabit dihentikan sejak anak sulungnya berusia 11 tahun 3 bulan selepas berpendapat hukuman fizikal tidak memberi kesan lagi.

“Ammar, seorang yang suka mencuri perhatian dan memperbesarkan cerita, selain dianggap sebagai ‘raja drama’ dalam keluarga.

“Anak kedua ini, gemar melakukan sesuatu dengan cepat sehinggakan kadangkala melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya, terutama ketika menyiapkan kerja sekolah,” katanya.



Alami masalah disleksia

“Adam pula mengalami masalah disleksia dan seorang yang bijak tetapi mempunyai masalah mengeja, membaca dan mengira, manakala Arif, seorang yang pemalu, walaupun hakikatnya sangat peramah apabila bersama keluarga dan manja dengan ayah dan adik-beradik yang lain, ” katanya.

Ketika prosiding sedang berjalan, Azizul yang berkemeja hijau, bertali leher merah jambu dan berkot gelap kelihatan serius mendengar perbicaraan dan sekali sekala melemparkan senyuman kepada ahli keluarganya yang berada di kerusi awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...