Miri: Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas
diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di
sebuah hotel, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya
berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi
mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami
kekejangan di seluruh tubuh.
Difahamkan, lelaki itu sudah
mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit
bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.
Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.
“Tindakan
pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas
terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya
berbuih.
“Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya.
Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui
mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan
seks.
Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata,
pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum
membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.
p/s: makan viagra ker
No comments:
Post a Comment