Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar, malahan
orang yang tidak solat lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita
kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa
a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang
sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
(nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan
minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila
dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum
air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza
dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi
Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda
(dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar,
walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru
mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah
Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing
anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing
anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah
air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan
minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya
orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari
bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air
bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air
tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi,
kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan
solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan; nasi, dan sebagainya. Anak-anak, suami pula yang akan makan
makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan?
Tapi
lain pula halnya dengan kita hari ni. Pagi petang, mamak. Teh tarik
satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.
Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat
nak buat kerja-kerja yang baik. Hati- hati dengan apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi
Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain
memadai diutus melalui Jibril a.s.
Ketika saat Rasulullah
nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat
Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maksudnya, "Solat,
solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah
di bawah tanggunganmu.."