YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Thursday 14 March 2013

Kesan melancap kepada kesihatan lelaki dan perempuan


Kesan Onani Pada Kesihatan Lelaki Dan Perempuan - Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi, perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.

Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika korang biasa dengan Foot Reflexology, korang akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Korang juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, korang dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan.

Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Cuba perhatikan gambarajah zon reflexology zakar:


          


Zon jantung zakar – kepala zakar – adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon-zon lain. Ini bermakan rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.

Blowjob

Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang doktor selepas suami itu telah menganggap dia telah diserang penyakit jantung. Dia dihantar terus ke hospital di mana kakitangan memeriksanya, Setelah diperiksa dan didapati tiada apa-apa masalah, si suami dibenarkan pulang. Pasangan itu tidak puas hati. Mereka menemui doktor tadi untuk mendapatkan sebab munasabah atas masalah itu.

Doktor pun bertanya mereka “serangan penyakit jantung” bila telah terjadi dan mereka membalas bahawa ia telah terjadi pada lebih kurang jam sembilan pada waktu malam. Kemudian dia bertanya kepada mereka apa mereka telah lakukan menjelang ia terjadi, dan mereka membalas bahawa mereka telah berasmara berulang-ulang kali.

“Bagaimana cara kamu bersenggama”? dia bertanya. Pasangan tersebut merasakan mereka tidak perlu memberi ‘detail’ dan membalas bahawa mereka “hanya bersetubuh” (perasaan malu dan Ego sentiasa menyulitkan pemulihan kesihatan). Ketika doktor itu menekan bahawa penting baginya untuk mengenali betul-betul bagaimana mereka telah bersenggama, wanita mengakui bahawa dia telah “menghisap”. “Kamu menghisap bahagian yang mana”? dia mendesak. Setelah digelabahkan, wanita membalas bahawa dia telah menjilat dan menghisap kepala zakar dan tiba-tiba suaminya mengalami “serangan penyakit jantung”.

Doktor tersebut menasihatkan mereka supaya jangan mengulanginya. Dia menerangkan kepada mereka iaitu dengan menghisap kepala zakar suaminya, wanita tersebut telah merangsang jantung dan paru-paru suaminya. Dan yang rangsangan seperti itu adalah lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh si suami.

Apa yang mereka sangkakan suatu serangan sakit jantung sebenarnya adalah degupan yang dipercepatkan oleh “urutan reflexology” si isteri yang menghisap kepala zakar suaminya. Kesan yang tidak seimbang ke atas organ yang berkaitan iaitu paru-paru dan jantung.

Rangsangan zakar yang tidak seimbang adalah berbahaya. Korang harus mengelak daripada menggunakan rangsangan terlalu banyak di sebahagian zakar. Korang mesti memelihara keseimbangan. Sudah tentu, setiap orang berbeza, maka korang mesti membuat eksperimen untuk mendapat tahu apakah jumlah rangsangan yang betul untuk korang.

Cara melancap yang tidak terkawal dapat menjadi merbahaya atas sebab yang sama. Ketika melancap kebanyakan lelaki tertumpu kepada sebuah penempatan khusus zakar, penempatan yang adalah kebanyakan erotogenic. Dengan tidak sengaja, lelaki ini merangsang hanya sebahagian badan sahaja melalui rangsangan yang tertumpu pada suatu zon tertentu reflexology.

Ketika seorang lelaki melancap, dia harus memberi perhatian sama kepada seluruh zakar, kepala dan batang. Bila melancap dengan suatu cara yang seimbang, dia dapat melancap sebanyak mana yang dia suka tanpa merosakkan tubuhnya – kecuali jika dia inzal ( mengeluarkan mani)

 
 Seperti yang diketahui, korang kehilangan nutrien, bahan penting dan tenaga korang bila inzal. Mengeluarkan air mani berlebihan bukan sahaja merbahaya, malahan ianya adalah mala petaka!!! korang tidak dapat kekal sihat bila kehilangan sebegitu banyak tenaga dan korang juga tidak usah menjangkakan hayat yang panjang menanti korang.

Oleh kerana melancap mudah dilakukan – ramai jugalah yang melakukannya berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka. Melancap bukanlah soal prinsip moral; ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.

Korang dapat membezakan mereka yang melancap secara berlebih daripada mereka yang tidak – dengan melihat warna kulit mereka, yang mana biasanya sangat pudar. Mata mereka kerapkali malap akibat kehabisan tenaga. Pendapat mereka lembap, mereka kurang cita-cita, dan mereka selalunya stress. Semua ini akibat daripada melancap berlebihan.

Menurut cerita orang tua-tua, melancap akan menimbulkan kebutaan, kehilangan ingatan, dan masalah akal. Kehilangan tenaga batin menjejas kelenjar pituitary, yang mana mengawal fungsi ingatan. Kadar metabolisme dan edaran darah akan terjejas menyebabkan kelemahan tubuh luar dan dalaman.

Bagaimanapun perbuatan mengurut zakar dengan kadar dan tatacara tertentu seperti kaedah yang disyorkan dalam risalah Minyak Lintah Tapa dapat membantu memberi keseimbangan kepada pengamalnya kerana urutan dalam kiraan yang seimbang adalah penting dalam memulihkan tenaga dan otot serta organ dalaman. Dalam masyarakat Tao lama – urut reflexology ke atas zakar, selain daripada faedah kesihatan, juga dilakukan untuk kelazatan – tapi dengan syarat tidak mengeluarkan air mani!

Melancap: Wanita

Kita telah membincangkan mengenai rangsangan yang tidak seimbang apabila lelaki melancap. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan kaum wanita. Bila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam (mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bagian dalam ) Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik.

Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang, zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung, suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok (atau dalam buku Permata Yang Hilang – di sebut makam yang lima itu).

Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seksual, di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. Kelentit bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu per satu tubuh!!!

[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki mahupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]

Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang, iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.

Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Maka kerana itulah dalam tradisi Islam, melancap adalah haram dilakukan.

 
 Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang kelentit, mengadu bahawa mereka hendak kencing. Kelentit terletak di pintu masuk kefaraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi. Ketika mereka merangsang kelentit, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.

Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan kelentit, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.

 
Jadi jika pasangan korang berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet – barangkali kekerapan melancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah korang “merawat” pasangan korang itu!!!

Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.

Memang sifat mereka mengutuk semua yang kerajaan buat

   
Amerika Syarikat menghantar tentera menggunakan kapal terbang penumpang juga.

Namun, apabila Malaysia buat, rakyat Malaysia sendiri menghina.
Menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka yang telah diprogramkan 'kutuk' 'kutuk' 'kutuk'




Dua gambar meruntun kalbu





Membudayakan kutuk mengutuk

Pelik dengan keadaan di Malaysia sekarang nih. Bermula dari isu Lahad Datu, budaya kutuk mengutuk semakin menjadi-jadi hingga menjadi kes polis.

Dengan cikgu mengutuk tentera.
Orang awam mengutuk cikgu
dan tidak terlepas juga jururawat dikutuk

Silalah kutuk mengutuk. Itupun kalau anda rasa anda takkan mati dan kekal hidup selamanya.

Photo: Payah betul kalau orang buat kerja tak ikhlas ni. Dah buat salah, nak lepas tangan tak mahu bertanggungjawab. Kesian baby ni.

Gambar di atas pula diambil di wad bayi hospital Kota Bharu. Ini kes mengutuk jururawat.

Mana betul mana salah. Sama-sama muhasabah diri kita semua. 

Gambar bergari cikgu Mohd Lotfi dan kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia




Kakitangan kerajaan  tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan Dan Tatatertib ) 1993 P.U.(A) 395/1993.Setiap masa pegawai hendaklah menjaga tingkahlaku & perbuatan supaya nama baik perkhidmatan awam tidak terjejas. Bagi menjelaskan kenyataan ini, penjawat awam termaktub dengan peraturan“4.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan”.























 Tahukah anda cikgu ini ada seorang anak yang masih bayi? Namun, kesusahan yang dialami oleh dia sekeluarga adalah berpunca dari dirinya sendiri. Rasakan.

Taksub sangat dengan parti tetapi yang susah akhirnya isteri dan anak. Kasihan.

Wednesday 13 March 2013

Iera Fiera | Tentera Malaysia berlakon jadi mayat



Lagi rakyat Malaysia yang mabuk dengan cerita Hindustan. Asyik berlakon dan berlakon.

Betulkah perempuan ini adalah seorang guru lepasan UPSI yang sekarang mengajar di Taiping??? 

Tuesday 12 March 2013

Cikgu Mohd Lotfi Nor | Apa cerita?







Salinan laporan polis di bawah diambil dari Blog beliabangkit.blogspot.com 


Apa cerita sebenar? Kita pun tidak tahu dan tidak pasti. Yang pasti, semalam, dunia internet digemparkan dengan kisah seorang guru yang menghina anggota keselamatan sebagai 'anjing'. 

Hari ini, blog terbabit mengeluarkan satu laporan pada tahun 2009 seperti di atas.

Sunday 10 March 2013

Pengganas letak tangkal kalimah al-quran di celah kangkang dan pinggang

PERANG LAHAD DATU: Tangkal kalimah celah kangkang, pengganas amal sihir kelas pertama

Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.

Diserang singa ketika melakukan seks | Wanita maut

Harare: Seorang wanita maut dibaham singa ketika mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah kawasan hutan di Zimbabwe, menurut laporan.

Kekasihnya berjaya melarikan diri dalam keadaan bogel.
Sharai Mawera meninggal dunia kelmarin selepas haiwan liar itu menerkamnya ketika mangsa menikmati saat romantik dalam hutan bersama pasangannya yang tidak dinamakan.


Laman web berita My Zimbabwe melaporkan, singa menyerang pasangan itu di satu kawasan terpencil dalam hutan berhampiran bandar Kariba.

Teman lelaki Mawera, yang tidak dikenal pasti, dipercayai melompat dan lari dalam keadaan bogel ketika haiwan itu menyerang.

Sumber memberitahu wanita berkenaan mati di tempat kejadian.

Malang sekali wanita itu dibaham sehingga mati oleh singa tetapi teman lelakinya berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan bogel, kata sumber.
Rakan pasangan berkenaan memberitahu My Zimbabwe dia bekerja di sebuah pasar tempatan dan pasangannya ialah nelayan.

Lelaki itu nelayan dan dia kerap bertemu teman wanitanya di tempat yang sama. Mereka melakukan hubungan seks ketika kejadian. Singa datang dari belakang dan mengaum.

Berjaya melarikan diri

Teman lelakinya berjaya melarikan diri sebelum berhenti pada jarak agak jauh dan menyaksikan kekasihnya diserang. Dia kemudian segera berlari ke jalan raya meminta bantuan, kata rakan pasangan itu.

My Zimbabwe melaporkan lelaki terbabit berjaya mendapatkan bantuan. Polis dan renjer bersenjata dari Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Zimbabwe bergegas ke tempat kejadian.

Berlumuran darah

Sumber berkata: Polis dan pegawai ke tempat kejadian dan melepaskan satu das tembakan. Wanita berkenaan sudah pun meninggal dunia. Mayatnya berlumuran darah. Leher dan perutnya sudah dibaham.

Renjer melancarkan usaha memburu singa itu berkenaan tragedi yang berkemungkinan turut sama mungkin membunuh seorang lelaki hujung minggu lalu.

Mayat mangsa ditemui kelmarin di pinggir bandar itu, berhampiran sungai Zambezi.
Polis percaya mangsa dibaham singa ketika berjalan pulang dari kelab malam.

Akhbar Herald melaporkan pegawai percaya hakikat wanita yang terbunuh kelmarin dibaham, bukan dimakan menunjukkan singa sama mungkin melakukan kedua-dua serangan dan putus selera selepas memakan sebahagian mangsa pertama.

Wednesday 6 March 2013

FAQ Pencerobohan di Sabah oleh AndakJauhar



Analisis: Pencerobohan Lahad Datu Oleh ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’






1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.


2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.


Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.


3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2


4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5


5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.


Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.


6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6


The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.
ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:

A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)


ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.
The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:

Who is the one who gave it?8

(Siapa yang beri?)


7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.


8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.


9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.


Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.


10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.


11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

sumber



http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-pencerobohan-lahad-datu-oleh-tentera-diraja-kesultanan-sulu/

Tuesday 5 March 2013

DNA tertuduh pada kemaluan Dirang

Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekatJOHOR BAHRU – Profil asid deoksiribonukleik (DNA) milik tertuduh, Muidin Maidin, 25, ditemui pada kemaluan dan dubur kanak-kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang yang dijumpai dibakar pada 8 Mac tahun lalu.

Dalam keterangan Pegawai Sains di Jabatan Kimia cawangan Johor, Adrieanne Reeza Alwi iaitu saksi pendakwaan ke-18 di mahkamah tinggi di sini berkata, DNA itu berpadanan dengan spesimen yang diambil dari kemaluan dan dubur mangsa ketika bedah siasat.

Bagaimanapun, kedua-dua spesimen itu adalah DNA campuran tidak mempunyai spermatozoa atau kehadiran air mani. “Profil DNA tertuduh yang ditandakan sebagai E31 dan E32 ditemui pada kemaluan mangsa mencatatkan 7 daripada 15 locus genetik
dan terdapat kesan darah tertuduh manakala di bahagian dubur pula mencatatkan kewujudan 12 locus genetik,” katanya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar mengenai bagaimana profil DNA tertuduh boleh ditemui di kedua-dua bahagian sulit mangsa tanpa ada kesan air mani, Adrieanne Reeza menjawab, terdapat dua kemungkinan.

Kemungkinan pertama berlaku penetrasi, kemasukan jari atau objek tumpul sama ada ia membabitkan ejakulasi atau tidak, manakala kemungkinan kedua melalui sentuhan melibatkan sel kulit, peluh atau air liur.

Menjawab pertanyaan peguam bela, Mohd Daud Ismail mengenai ujian untuk sel kulit, peluh atau air liur, Adrieanne Reeza berkata, pihaknya tidak melakukan ujian terhadap sel kulit, air liur dan peluh kerana ia bukan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Kimia, selain sampel sel mangsa juga tidak mencukupi untuk membuat ujian lain.

“Selain itu, ujian DNA adalah ujian yang biasa dilakukan Jabatan Kimia terutama melibatkan kes serangan seksual,” katanya sambil memberitahu ketepatan ujian analisis DNA dijalankan adalah 99.99 peratus.

Kes dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Jasmee Hameeza. Tertuduh diwakili peguam, Mohd Daud dan Mohamad Abd Kadir di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman, masuk hari kelima bersambung 20 Mac ini.

Muidin, seorang buruh kontrak didakwa membunuh Nurul Nadirah di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara jam 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012. 


Komen : Si comel ini sedang berbahagia di sana. Semoga pembunuh Dirang dikenakan hukuman setimpal

Amah mati kebuluran di Pulau Pinang

 KEJAM! Perkataan kejam itu bukan terletak pada sesuatu bangsa atau agama atau negara yang kita boleh label mereka sebagai KEJAM. Kejam atau tidak, terletak pada hati nurani setiap insan. Bagi kita yang beragama Islam, tentunya keimanan membataskan kita untuk bersifat seperti binatang atau tidak. Bagi agama lain, mereka ada kepercayaan dengan nilai yang baik juga. Namun, apabila agama ditolak tepi, tiada apa yang boleh menyelamatkan. 

Admin sedih membaca cerita seorang wanita yang berusia 24 tahun, hanya seberat 21.6kg dengan tinggi 148cm. Indeks jisim badan hanyalah 11.9. Bayangkan bagaimana?

Baca berita di bawah ini -: 


GEORGETOWN - Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam bahawa seorang amah warga Kemboja maut disebabkan kebuluran.

Zahari merupakan saksi pertama daripada tujuh saksi pihak pendakwaan berkata, indeks jisim tubuh si mati sangat rendah iaitu 11.9, satu angka jauh lebih rendah daripada tahap minimum yang tergolong dalam 16 kategori paling rendah.

“Selain indeks jisim tubuh, laporan bedah siasat menunjukkan si mati mengalami 29 kecederaan, kebanyakan baru termasuk kesan pelbagai cakaran, lebam berpanjangan yang dipercayai akibat objek tumpul yang panjang seperti rotan atau getah paip.

Dipercayai si mati juga tidak diberi makanan, didera dan diabaikan.

“Lapisan abdomen si mati didapati terlalu nipis dan ototnya hampir tidak ada lapisan lemak menyebabkan usus dan perutnya hampir melekat,” katanya.

Zahari berkata, berdasarkan laporan bedah siasat pada April tahun lalu ke atas si mati, Mey Sichan, 24, mendapati berat badan si mati hanya 26.1 kilogram dengan ketinggian 148 sentimenter.

“Si mati juga dilaporkan mempunyai tanda-tanda di hidrasi atau kehilangan cairan tubuh dalam jumlah banyak,” katanya.

Selepas mendengar keterangan dikemukakan oleh Zahari berdasarkan laporan forensik terhadap si mati, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menetapkan perbicaraan bersambung esok (hari ini).

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng.

Tahun lalu, pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan dengan niat bersama membunuh seorang amah warga Kemboja pada 1 April lalu.

Soh Chew Tong, 43, dan Chin Chui Ling, 41, dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu terhadap Mey Sichan, di sebuah premis menjual alatan pertukangan rumah, Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak antara 1 Januari hingga 1 April dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

3 beradik mangsa dera bapa tiri di Chukai

deraCHUKAI – Seorang bapa dipercayai tergamak mendera tiga anak tirinya yang masing-masing berusia 9, 8 dan 7 tahun termasuk memukul salah seorang daripadanya dengan sebatang paip besi serta penyapu kayu.

Gara-gara dipukul dengan objek keras itu, mangsa berusia 9 tahun yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai mengalami lebam teruk di tangan dan betis kiri dalam kejadian Jumaat lalu.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian selepas waktu Asar itu, dia melihat mangsa melintasi rumahnya.

“Mangsa berlari dengan tangannya berdarah tetapi apabila bapa tirinya memanggilnya pulang, dia pulang semula ke rumah dan selepas itu saya terdengar raungan yang sangat kuat,” katanya.

Menurutnya, ada orang yang melihat kanak-kanak itu dipukul dengan besi dan kayu, sementara adik perempuannya yang berumur 8 tahun dan adik lelakinya dilempang di muka.

Katanya, tidak tahan melihat tiga beradik itu diperlakukan begitu, dia segera menghubungi polis kira-kira jam 7.30 petang dan melaporkan kejadian yang berlaku.

Ketiga beradik itu tinggal di rumah terbabit di Kampung Tuan dekat sini, bersama ibu kandung yang berusia 30-an dan bapa tiri berumur lingkungan 20-an.

Mereka turut mempunyai dua lagi adik-beradik tiri, yang masing-masing berumur 4 tahun dan 5 bulan, hasil perkongsian hidup ibu mereka dengan lelaki terbabit.

Difahamkan, mangsa yang berusia 7 tahun tidak bersekolah dan hanya kedua kakaknya sahaja yang bersekolah di SK Chukai.

Menurutnya, ketiga-tiga beradik itu sering didera sebelum ini termasuk tidak diberi makan.

“Ketika beri mangsa yang berumur 9 tahun makan, saya lihat tangannya penuh dengan kesan parut.

Sudah lama saya bertahan, tetapi kejadian Jumaat lalu buat saya benar-benar nekad untuk buat laporan polis,” katanya.

Berikutan laporan polis berkenaan, suspek ditangkap kelmarin, sementara kedua-dua beradik perempuan itu dimasukkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Chukai, Rosli Ahmad bersama guru sekolah terbabit turut meluangkan masa menziarahi adik-beradik itu, tengah hari semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Komen : Mereka ini 5 beradik. Yang bongsu berusia 5 bulan, 4 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan kakak 9 tahun.  Si bapa telah ditangkap. Memang itu yang perlu dibuat demi menyelamatkan mereka. Sekarang, si ibu perlu menanggung 5 beradik ini. Bagaimana? Terang-terang mereka ini bukanlah dari keluarga yang senang dan mewah. Pihak bertanggungjawab, tolonglah pandang penderitaan keluarga ini.

Ops Sulu ditukarkan nama menjadi Op Daulat - 5 Mac 2013

 YA ALLAH, KEMBALIKAN KEAMANAN DI SABAH DAN KEKALKANLAH KEAMANAN NEGARA KAMI UNTUK KAMI WARISKAN KEPADA ANAK CUCU KAMI

Hingga hari ini, masih lagi ada suara yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Sabah. Kematian 8 anggota polis di Lahad Datu dan Semporna pula dianggap sebagai lakonan semata-mata. Bagi yang kurang ajar, mengganggap pahlawan-pahlawan negara yang terkorban itu sebagai 'anjing UMNO'.

Namun, di fikiran pihak yang sama juga, mereka menyalahkan kerajaan yang dikatakan sangat-sangat berlembut dengan penceroboh. Kononnya kerajaan terlalu baik membuka rundingan dan menunggu rundingan dari pihak penceroboh hingga mengorbankan 8 anggota polis. Perkara lama pula diungkit dan dijadikan perbandingan apabila kerajaan dituduh kononnya bertindak keras terhadap BERSIH. 

Tiada siapa yang inginkan peperangan. Tanyalah penduduk di Lahad Datu dan Semporna bagaimana perasaan mereka sekarang. Kerana itulah, kerajaan cuba melakukan rundingan secara lembut agar tiada nyawa yang melayang. Sayangnya, penceroboh bertindak agresif hinggakan media kita mengelar mereka sebagai kejam. Mereka menggunakan taktik kotor dengan mengangkat bendera putih untuk memerangkap anggota VAT69 yang menyaksikan 2 wira kita terkorban.  Tidak habis di situ, mereka menggunakan taktik kotor lagi apabila masuk ke rumah penduduk di Kg Sri Jaya Semporna dan meminta penduduk menghubungi polis kerana kononnya ingin berunding dengan polis. Akibatnya, 6 lagi wira kita terkorban. Al-fatihah untuk wira yang telah gugur. Semoga mereka mendapat ganjaran syahid.



 Isu "Kenapa POLIS? Kenapa tidak tentera?" masih lagi dimainkan walaupun media-media elektronik dan bukan elektronik menerangkan berkali-kali mengapa Malaysia menggunakan polis, bukan menggunakan tentera. Di bawah, admin hanya mencedok dari sumber polis mengenai persoalan mengapa tidak tentera.

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antaraban
gsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.- KPPDM

 



Hari ini, 5 Mac 2013 yang kini merupakan sebahagian sejarah negara kita, apabila tentera melakukan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk ke kawasan yang didiami penceroboh di Lahad Datu. Memetik kenyataan Perdana Menteri  dari Sinar Harian 5Mac2013, beliau berkata 

kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
 Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka.

YA! Malaysia sudah tidak ingin berlembut lagi, kita sudah tidak ingin berunding lagi kerana 8 orang wira kita telah terkorban. Dibunuh dengan kejam. Sabar kita ada hadnya.

Dan, lihatlah...Setelah serangan dilancarkan, Kedutaan negara kita di Filipina terpaksa ditutup akibat dikepong oleh penunjuk perasaan yang membantah tindakan kita melakukan serangan udara di Sabah. Lupakah mereka? Kita sudah bertolak-ansur. Kita sudah cuba untuk berunding. Namun, kita dibalas dengan pembunuhan anggota pertahanan kita. Bukan salah kita jika kita bertindak keras. Ini negara kita. Kita mempertahankan kedaulatan negara kita. Mereka tiada hak untuk melakukan bantahan. Siapa mereka untuk membantah? Sudahlah menceroboh negara kita, membunuh orang kita masih lagi mahu mengatakan mereka di pihak yang betul. Kemudian, membakar bendera kita dan membakar gambar pemimpin kita. Ini saatnya kita perlu bersatu wahai rakyat Malaysia. Bukannya turut sama membantah. Kerajaan mengesahkan 20 orang penceroboh mati, tetapi ada di kalangan kita yang tidak percaya. Lebih percayakan media Filipina yang menyebut tiada seorang pun mati.


Demi kedaulatan negara kita. Demi menunjukkan kita bukanlah sebuah negara lemah yang boleh ditentang sewenang-wenangnya, akhirnya OPS Sulu telah ditukarkan kepada OP Daulat pada 5 MAc 2013.


Monday 4 March 2013

Cerita Salmah Husainie



Seorang guru??? Jika benar, minta Kementerian Pelajaran buat siasatan terhadap guru yang bersifat menghasut sebegini.

Wira yang terkorban dan cedera di Lahad Datu

Wajah enam wira negara yang terkorban di Semporna

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU

 
Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...