BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menjadi mangsa
kerakusan bapa saudaranya sendiri apabila dirogol di rumahnya di Tronoh
dekat sini, sejak dua bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul
Latif berkata, kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya, yang menghidap
barah usus dan lima adik-beradik yang lain, di rumah berkenaan.
Menurutnya, bapa saudara mangsa yang berusia 52 tahun itu juga tinggal
bersama keluarga terbabit di rumah tersebut sejak tiga tahun lalu dan
bekerja sebagai pengait kelapa sawit bagi menampung kehidupan mereka.
YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370
Thursday 7 February 2013
Kanak-kanak 9 tahun lahirkan anak
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia
sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak
berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam.
"Kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri," kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.
Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.
Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.
Bayi itu dilahirkan pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan.
Berat bayi itu ialah 2.7 kilogram.
Kanak-kanak perempuan tersebut bersama anaknya perempuannya dibenarkan keluar dari hospital itu pada hujung minggu lalu. - AFP

Wednesday 6 February 2013
Melacur di Melbourne| Oh, yes!
4 Februari 2013
MELBOURNE - Seorang wanita, dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney, memberitahu enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes "perhambaan seks", mereka perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang dihutang mereka untuk datang ke Australia, mahkamah diberitahu.
Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).
Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Wong yang juga dikenali sebagai 'Yoko', mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.
Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India, yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar.
Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris, dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus - berjumlah kira-kira A$5,000.
"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP.
Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannya.
"Mereka diberitahu yang mereka tidak dibenarkan meninggalkan rumah pelacuran itu sehingga mereka melangsaikan hutang mereka".
Walaupun wanita itu telah selesai membayar hutang mereka selepas "tempoh singkat", Wong didakwa megugut akan membatalkan visa mereka jika mereka meninggalkan tempat itu.
Bagaimanapun, peguam yang mewakili Wong, Bruce Quinn, berkata dia "wanita baik" dan hanya bekerja di rumah pelacuran itu sebagai penyambut tetamu.
Beliau berkata perkara itu merupakan "pertikaian perusahaan" dan sengaja ditimbulkan supaya wanita berkenaan boleh tinggal di Australia.
Sunday 3 February 2013
Terkini | William Zhen Zhong diklasifikasi mati mengejut
Kuala Lumpur: Polis mengklasifikasikan kematian William Yau Zhen Zhong,
6, sebagai mati mengejut selain tiada unsur mencurigakan termasuk
didera.
Rumusan dibuat selepas polis mengambil keterangan lebih 30 individu selain menggunakan khidmat Pusat Temu duga Kanak-Kanak (CIC) Bukit Aman.
Keterangan menerusi CIC
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ahmad, berkata abang mangsa yang berusia tujuh tahun individu terakhir direkodkan keterangan menerusi CIC selain mendapati maklumat yang diperoleh adalah dengan ibu bapa Zhen Zhong.
“Hasil siasatan yang dijalankan selain keterangan yang diambil lebih daripada 30 individu mendapati tiada unsur mencurigakan dan setakat ini polis masih mengklasifikasikan kematiannya sebagai mati mengejut.
“Dalam tempoh terdekat, polis tidak lagi mengambil keterangan
mana-mana individu termasuk ibu bapa mangsa kerana berpendapat hasil
keterangan sebelum ini sudah mencukupi,” katanya ketika dihubungi,
semalam.
Pada Khamis lalu, polis memanggil semula ibu bapa Zheng Zhong serta anak sulung pasangan itu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan punca sebenar kematian kanak-kanak itu, selepas timbul dakwaan mengatakan mangsa didera.
Yau Kok Kang, 32, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, manakala abang mangsa dibawa ke CIC untuk tujuan sama. Proses mengambil keterangan dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Yahaya berkata, pihaknya juga turut membuat tinjauan semula dari lokasi kehilangan Zheng Zhong sehingga ke lokasi penemuan mayatnya itu, namun tidak menemui sebarang bukti baru.
Zhen Zhong dilaporkan hilang di depan sebuah kedai alatan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya, pada 16 Januari lalu, dia dikatakan keluar mencari ibu bapanya di kawasan berkenaan.
Rumusan dibuat selepas polis mengambil keterangan lebih 30 individu selain menggunakan khidmat Pusat Temu duga Kanak-Kanak (CIC) Bukit Aman.
Keterangan menerusi CIC
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ahmad, berkata abang mangsa yang berusia tujuh tahun individu terakhir direkodkan keterangan menerusi CIC selain mendapati maklumat yang diperoleh adalah dengan ibu bapa Zhen Zhong.
“Hasil siasatan yang dijalankan selain keterangan yang diambil lebih daripada 30 individu mendapati tiada unsur mencurigakan dan setakat ini polis masih mengklasifikasikan kematiannya sebagai mati mengejut.
Pada Khamis lalu, polis memanggil semula ibu bapa Zheng Zhong serta anak sulung pasangan itu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan punca sebenar kematian kanak-kanak itu, selepas timbul dakwaan mengatakan mangsa didera.
Yau Kok Kang, 32, memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, manakala abang mangsa dibawa ke CIC untuk tujuan sama. Proses mengambil keterangan dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Yahaya berkata, pihaknya juga turut membuat tinjauan semula dari lokasi kehilangan Zheng Zhong sehingga ke lokasi penemuan mayatnya itu, namun tidak menemui sebarang bukti baru.
Zhen Zhong dilaporkan hilang di depan sebuah kedai alatan elektrik di Putra Heights, Subang Jaya, pada 16 Januari lalu, dia dikatakan keluar mencari ibu bapanya di kawasan berkenaan.
Labels:
JENAYAH
Kalah 3-0, Rajagopal tetap berpuas hati
‘Pujian harus diberi kepada pemain pamer aksi baik lawan Iraq’
Di sebalik kekalahan 3-0 di tangan Iraq dalam perlawanan persahabatan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, ada sesuatu yang positif dipamerkan skuad kebangsaan.
Biarpun kehilangan 10 pemain termasuk tujuh tonggak utama dengan beberapa pemain gantian dipanggil pada saat-saat akhir, Datuk K Rajagobal tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
"Pujian harus diberikan kepada pemain yang mempamerkan
persembahan baik dan mencuba bersungguh-sungguh menentang Iraq, sebuah
pasukan mantap yang beraksi di final Piala Teluk baru-baru ini.
"Dalam tempoh singkat ini, kita tidak boleh meletak jangkaan tinggi kepada pasukan yang mungkin ada di antaranya kali pertama digandingkan. Malah dengan beberapa percubaan yang dihasilkan, saya rasa ia satu persembahan membanggakan.
"Kini tumpuan saya ialah mendapatkan kombinasi terbaik daripada kumpulan pemain yang ada dan mengharapkan persembahan terbaik apabila menentang Qatar nanti," katanya semalam.
Hilang 10 tunggak utama
Skuad kebangsaan kehilangan 10 pemain akibat kecederaan termasuk kapten, Safiq Rahim yang digantung perlawanan menjelang pertemuan sulung Kelayakan Piala Asia 2015, bertemu Qatar Rabu ini.
Rajagobal turut kehilangan dua penyerang utamanya, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada kempen kali ini, dan menyaksikan posisi itu diisi Khyrill Muhymeen Zamri dan Amri Yahyah.
Ketiadaan Safiq, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor juga menyebabkan kepincangan jentera tengah negara, namun kehadiran Shakir Shaari, Shukor Jusoh dan Affize Faisal dalam skuad kali ini sedikit melegakan Rajagobal.
"Inilah pemain yang kita ada, dan dalam tempoh beberapa hari ini saya terus menilai untuk mencari gandingan terbaik.
"Saya tetap optimis dan positif dengan kemampuan skuad ini. Saya harap peminat mempunyai perasaan sama kerana pasukan ini adalah pasukan negara, bukan pasukan saya seorang,” kata Rajagobal yang sudah mempunyai bayangan awal kesebelasan utamanya Rabu ini.
notakaki : adakah Rajagopl bersikap terlalu positif ataupun mengidap sindrom penafian yang serius?

BOLASEPAK
Saturday 2 February 2013
Spontaneous Human Combustion SHC | Pembakaran badan manusia secara spontan
sila lihat video dan gambar-gambar yang dipamerkan
Sama tak dengan kes yang disiarkan di SinarHarian hari ini
Baca kisah di sini
Pembakaran tubuh manusia secara spontan (bahasa Inggeris: Spontaneous Human Combustion, disingkat SHC) merupakan kejadian terbakarnya tubuh manusia secara spontan yang dihasilkan dari tenaga dalam diri manusia tersebut. Dalam hal ini manusia yang mengalami SHC berisiko mati dan sangat membahayakan nyawa manusia tersebut.
Dalam beberapa kes misteri SHC ini terjadi begitu cepat, hingga dalam beberapa kejadian tidak ada saksi yang menyaksikan proses dari SHC ini. Dan setelah diselidiki, pada tubuh korban tidak terdapat bahan ataupun alat pemicu terbakarnya tubuh secara manual, hingga dirujuk kepada kes SHC.
Hingga saat ini SHC merupakan misteri yang sukar diterima oleh akal, namun secara fizik dan biologi tubuh manusia memang manghasilkan zat-zat yang dapat terbakar. Pertanyaan tentang ini sedang dicari oleh para ilmuwan kini.

Silakan memberi komen dan pendapat. Terima kasih.
PENAFIAN : KOMEN ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA
Labels:
JENAYAH
Warga emas ditemui rentung |Hanya tinggal kaki sahaja
Kematian wanita jadi misteri
Kematiannya itu menimbulkan misteri kerana siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.
Ini kerana tiada kesan pergelutan atau tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk oleh penjenayah.
Malah, polis turut menafikan punca kebakaran itu adalah disebabkan terkena kejutan elektrik.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa berusia 72 tahun yang tinggal sendirian itu dijumpai oleh seorang pekerja kontrak kira-kira jam 9 pagi, semalam.
Menurutnya, pekerja berusia 20-an itu melakukan kerja ubahsuai rumah mangsa dan hanya mahu menghantar bahan binaan memandangkan cuti kerja pada hari kejadian.
“Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan terlentang di hadapan pintu bilik air dan rentung termasuk pakaian kecuali dari bahagian pergelangan kaki.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang motif dan petanda kepada unsur jenayah malah barang kemas berupa gelang serta rantai masih berada bersama mayat tersebut.
“Tiada kesan bongkar di dalam rumah dan pecah masuk termasuk di bilik tidur serta tiada tanda pergelutan di kawasan mayat ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.
Sulaiman berkata, hanya langsir pintu bilik air di tempat mayat dijumpai sahaja yang terbakar sementara peralatan dan perkakas dapur lain tiada kesan terbakar.
Menurutnya, selain pasukan Forensik PDRM, pihaknya turut mendapatkan kerjasama daripada Forensik Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat serta khidmat Unit Anjing Pengesan K9 bagi membantu siasatan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat terbakar yang dipercayai berlaku antara jam 7 hingga 8 malam pada hari kejadian berikutan lampu dapur dan televisyen masih terpasang,” katanya.
Apabila ditanya mengenai fenomena spontaneous human combustion (SHC) iaitu manusia terbakar tiba-tiba, beliau memaklumkan bahawa fenomena itu turut diambil kira dalam siasatan.
MARAN - Seorang warga emas ditemui mati di depan bilik air di rumahnya
di Felda Ulu Jempol dekat sini dengan hampir keseluruhan badannya
rentung kecuali bahagian kakinya.

Bayi 18 bulan tersiram minyak panas
Shahlan menggelupur sambil meraung kesakitan akibat disiram minyak panas yang tertumpah dari kuali,” kata Norlihaida Abdullah, 29, ibu kepada Shahlan Hadif Sharul Hisham, 18 bulan, yang melecur teruk di tangan kiri dan muka terkena minyak panas di rumah ibu saudaranya di Kampung Kuala Ibai, di sini.
Norlihaida yang ditemui ketika menemani Shahlan mendapatkan rawatan di Wad Plastik dan Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, dia bersama anak sulungnya itu singgah di rumah kakaknya selepas pulang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.
“Shahlan bermain di ruang tamu manakala saya dan kakak ke dapur memasak.
“Tindakannya itu menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas terjatuh ke atas tangannya dan terpercik ke muka.
“Saya terus mendukung Shahlan ke bilik air untuk dimandikan bagi menghilang kesan minyak panas yang tertumpah pada badannya,” katanya.
Norlihaida berkata, melihatkan keadaan Shahlan yang masih menangis kesakitan akibat melecur teruk di tangan kiri, dia membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang, untuk rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ bagi pemeriksaan pakar kulit.
Labels:
SAKIT
Ezmi Md Jan bekas pemain Selangor meninggal dunia | Pengidap kanser hidung
Ezmi Md Jan telah kembali ke rahmatullah pada
2 FEBRUARI 2013
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Silakan memberi komen dan pendapat. Terima kasih.
PENAFIAN : KOMEN ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA
BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.
"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.
Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.
Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
"Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
"Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.
Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.
Labels:
BOLASEPAK
Shahidan Kassim letak jawatan dalam FAM
“Tarikh perbicaraan kes ini belum diputuskan lagi kerana surat pertuduhan belum dikeluarkan sekretariat. Tapi saya difahamkan surat pertuduhan itu akan dihantar minggu ini atau awal minggu depan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Rentetan kisah bolasepak Datuk Seri Shahidan Kassim
Shahidan Kassim sokong TMJ dan FAM
Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.
“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan
enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad IV, Kota Bharu,
Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.
Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis berkata, jumlah senjata dibawa itu sebenarnya kecil berbanding kehadiran penonton pada perlawanan itu.
“Saya sokong tindakan TMJ kerana beliau berani berbuat demikian, demi pemain dan penyokongnya, malah ia juga dibenarkan FAM.
“Harapan saya, FAM tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan saya ini kerana menyokong tindakan yang mereka lakukan,” katanya. Menurutnya, beliau juga berharap Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak risau dengan apa berlaku kerana ia hanya enam pucuk senapang yang dibawa ketika perlawanan itu.
“Apa yang kita akan lakukan jika pemain dibaling botol oleh penyokong lawan? Pasti kita marah dan TMJ hanya melakukan apa yang patut, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Johor.
“Penonton yang hadir juga melebihi 30 ribu, KAFA tidak perlu risau kerana ia hanya enam laras senapang,” katanya mengenai tindakan PBNJ membawa tentera lengkap bersenjata daripada Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor ke perlawanan itu.
Sumber:Harian Metro@22-1-2013
Taufik sahkan komen Shahidan LANGGAR ARTIKEL 88
Menurut Taufek, sekretariat FAM kini dalam penilaian terakhir mengenai pertuduhan dikemukakan ke atas Shahidan yang dikatakan melanggar Artikel 88 Peraturan 2010-2014 FAM.
Transformasi yang dituntut bekas Menteri Besar Perlis itu turut menjurus kepada kesediaan FAM membantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan.
Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.
“Artikel 88 termaktub sebagai satu peraturan di bawah Statut FAM. Ia tidak menghalang seseorang membuat kenyataan, cuma mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Tapi, melalui Kod Tatatertib 4.5.8, walaupun seseorang itu mendapat kebenaran, beliau tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati seperti mengkritik atau menghina FAM.
“Dalam kes Datuk Seri Shahidan Kassim ini, kami akan tengok sama ada beliau mendapat kebenaran atau sebaliknya,” katanya.
Shahidan dalam reaksi balas terhadap kes itu baru-baru ini menyuarakan sudah bersedia mengadap Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya dipanggil berbuat demikian.
Untuk rekod, sebelum ini Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pernah menjadi mangsa Artikel 88 apabila digantung dua tahun enam bulan pada April tahun lalu atas kesalahan mengkritik prestasi skuad kebangsaan.
Sebelum itu, Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjadi pegawai pertama badan induk kebangsaan itu yang dihukum pada 1991, disusuli Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.
notakaki : Didapati Shahidan Kassim banyak tekanan dalam usaha untuk memajukan bolasepak PERLIS dan juga dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Apa yang boleh dikatakan, bukan senang untuk berjaya bagi seseorang yang ikhlas berbakti kerana ALLAH tetapi mudah berjaya untuk orang tidak ikhlas. ALLAH itu ingin menguji.
Silakan memberi komen dan pendapat. Terima kasih.
Labels:
BOLASEPAK
Nazmi sah milik PKNS Selangor
Kisah Nazmi pemain muda Malaysia yang bersama SC Beira-Mar mula diperkatakan sejak kes beliau dan bekas kekasih. Baca di sini. Kemudian, tiba-tiba Malaysia dikejutkan dengan berita Nazmi pulang ke Malaysia. Baca rentetan di bawah.
Nazmi tinggalkan S.C Beira-Mar?
KUALA LUMPUR - Pemain muda berbakat besar yang kini beraksi bersama kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira-Mar, Mohd. Nazmi Faiz melakukan tindakan yang mengejutkan apabila dikhabarkan mengambil keputusan pulang ke tanah air, semalam dengan mengundang seribu satu persoalan.
Biarpun mengikut sumber daripada laman web rasmi Beira-Mar yang dia akan dipinjamkan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun badan induk bola sepak negara itu menafikan yang mereka memanggil pemain berusia 19 tahun itu pulang ke sini.
Bertambah menarik, pemain yang berasal dari Lembah Keramat, Kuala Lumpur dikatakan akan membuat penampilan dengan salah satu pasukan dalam saingan Liga Super.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi semalam
menegaskan, beliau tidak tahu menahu kepulangan Nazmi sambil menyatakan
tiada sebarang perancangan lanjut dilakukan terhadap pemain itu
sepanjang berada di sini.
''Terus terang saya tidak tahu yang dia mahu kembali ke sini dan pihak FAM sendiri menafikan yang kami mahu dia dipinjamkan.
''Saya sendiri baru mendapat tahu yang dia akan balik dan terkejut dengan perkembangan ini, namun pada masa sekarang, itu sahaja yang saya boleh beritahu," katanya ketika dihubungi, semalam.
Selain itu, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berada di Australia juga tidak mengetahui kepulangan Nazmi ke Malaysia selama enam bulan dan menafikan dia akan membawanya bermain bersama Harimau Muda A.
Menurut artikel daripada laman sesawang S.C Beira-Mar, pemain itu akan pulang ke tanah air dalam tempoh enam bulan ini bagi membantu pasukan negara dalam kelayakan Piala Asia 2015 setelah diminta oleh FAM.
Pun begitu, terdapat sumber mengatakan Nazmi telah dibebaskan sepenuhnya oleh Beira-Mar atas sebab belum yang belum dikenal pasti dan tidak akan kembali lagi ke Portugal selepas ini.
Apa yang pasti, jika berita itu satu kebenaran, ia pasti satu kerugian kepada Nazmi yang baharu mahu memulakan karier di Eropah dan kehilangannya membuatkan hanya Ahmad Fakri Saarani menjadi pemain tunggal negara bermain di Portugal bersama Atletico S.C.
Nazmi yang telah membuat 17 penampilan bersama pasukan Bawah 19 tahun Beira-Mar dan menjaringkan satu gol menyertai kelab yang berpangkalan dari Aveiro itu pada 21 Mei 2012 selepas menjalani sesi pemilihan di sana.
Aksinya yang cemerlang membantu pasukan Bawah 23 tahun negara mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Indonesia 2011 selain menjadi pemain utama pada pusingan kelayakan zon Asia Sukan Olimpik 2012.
Pemergiannya ke Portugal sebelum ini mendapat liputan meluas oleh pihak media serta pujian ramai peminat bola sepak negara kerana menjadi antara pemain termuda mengembangkan karier ke bumi Eropah.
Labels:
BOLASEPAK
Friday 1 February 2013
Tugu seks di Singapura ditolak
Singapura tolak tugu hamba seks
SINGAPURA: Republik ini kelmarin berkata ia menolak rancangan aktivis Korea Selatan untuk mendirikan sebuah tugu di tengah ibu kota ini bagi memperingati wanita yang dipaksa menjadi hamba seks oleh Jepun ketika Perang Dunia Kedua.
Kementerian kebudayaan menafikan dakwaan oleh Majlis Wanita Kerahan Untuk Perhambaan Seksual Tentera Korea, yang berkata ada perbincangan mengenai rancangan mendirikan patung terbabit. “Itu tidak benar,” kata kementerian kepada AFP dalam satu kenyataan menerusi emel.
“Tiada pertemuan atau perbincangan berterusan antara kerajaan Singapura dan Majlis berhubung isu berkenaan. Begitu juga tiada patung sebegitu akan didirikan di Singapura.”
Di Seoul minggu lalu, aktivis mendedahkan rancangan mendirikan tugu berkenaan, mewakili “wanita pendamping” yang dipaksa mendiami rumah pelacuran tentera Jepun ketika perang, di sejumlah negara Asia bermula di republik ini.
Mereka juga berkata sedang mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa Singapura dan menambah satu delegasi akan dihantar ke sini untuk memuktamadkan rancangan itu.
Kumpulan Korea Selatan itu menjadi perancang tugu gangsa seorang gadis muda dengan seekor rama-rama pada bahunya yang didirikan pada 2011 berhadapan Kedutaan Jepun di Seoul. Tugu lain juga dirancang didirikan di China, Malaysia dan Indonesia, kata mereka. – AFP

SOSIAL
Budak 3 tahun mati didera
1 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Polis berkata bedah siasat ke atas kanak-kanak lelaki
berusia tiga tahun yang mati di kediamannya di Semenyih semalam
mengesahkan budak itu adalah mangsa dera.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata hasil bedah siasat tersebut di Hospital Serdang mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat terkena benda keras dan pendarahan di kepala selain lebam di bahagian dada, tangan dan kesan rotan di kaki.
"Menurut doktor, terdapat dua kesan dera, yang terbaru kesan baru dua hari dan yang lama sudah seminggu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Muhammad Irfan Raiyan Muhammad Shahn ditemui tidak bernyawa, oleh ibunya, ketika mahu mengejutkan anaknya itu, yang tidur, untuk mandi pada pukul 11 pagi semalam.
Ab Rashid berkata ibu mangsa seorang suri rumah berusia 25 tahun akan dipanggil untuk soal siasat mengikut seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001. - Bernama
sumber berita dari sinar harian.
dengan berita ini bermakna berita dari metro dan kosmo sebelum ini adalah kanak-kanak yang sama. rujuk post di link di bawah ini.
http://kisahberita2u.blogspot.com/2013/02/dua-kanak-kanak-lelaki-berumur-3-tahun.html

DERA
Dua kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun maut?
ANAK SENYAP SELAMA-LAMANYA- HARIAN METRO
Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.
Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.
“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
_____________________________________________________
Budak maut kepala terhantuk lantai- KOSMO
SERDANG - Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas dia didakwa terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai ketika bermain dengan abangnya di rumah mereka di Semenyih dekat sini kelmarin.Sebelum tidur malam kelmarin, mangsa Muhammad Irfan Raiyan Mohammad Shahn, 3, anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh ketika bermain-main dengan abangnya.
Keluarganya tidak membawa Irfan untuk pemeriksaan sebaliknya kanak-kanak itu terus tidur.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pada pukul 11 pagi semalam, ibu kanak-kanak itu terkejut apabila mendapati anaknya yang tidak bangun daripada tidur sudah tidak bernyawa.
Labels:
DERA
Piya tidak rugi kerana tidak terpilih- Annuar
TINDAKAN ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal
tidak menyenaraikan kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi atau Piya dalam
skuad Harimau Malaya tidak merugikan sesiapa termasuk Persatuan Bola
Sepak Kelantan (Kafa).
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun tidak dapat bersama skuad kebangsaan, namun pemain itu dapat menimba pengalaman berharga di persada antarabangsa bersama Kelantan.
"Kelantan sendiri terbabit dalam perlawanan antarabangsa dalam saingan Piala AFC dan perlawanan antarabangsa dengan kelab dari luar negara," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan dua pemain import baharu di Kota Bharu, hari ini.
Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Salim Arrache dari Perancis dan penyerang Dickson Nwakaemi dari Nigeria.
Kedua-dua pemain import itu akan diuji pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan dan kelab Liga Perdana Indonesia, Semen Padang, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu ini.
Bagaimanapun, Annuar berkata, Kafa akan sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika Rajagobal memanggil semula Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. - Bernama

Bayi didera hingga pecah usus | Pelaku hanya dipenjara 5 tahun
KUANTAN - “Perbuatan ganas kamu terhadap bayi terbabit tidak dapat
dimaafkan bukan hanya kepada mangsa dan keluarga tapi masyarakat secara
keseluruhannya.
“Saya harap hukuman berat yang dijatuhkan hari ini menjadi satu pengajaran,” tegur Majistret Rini Triany Mohamad Ali terhadap seorang bekas pekerja pusat snuker, Khoirumminan Ranizal, 20 selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mendera anak teman wanitanya di sini, 23 Julai tahun lalu.
Dalam keputusannya semalam, Rini Triany memerintahkan tertuduh yang berasal dari Kampung Tanjung Chempaka, Pekan dihukum penjara selama lima tahun bermula daripada tarikh dia ditangkap 24 Julai 2012.
Sebelum itu tertuduh dalam rayuannya merayu agar hukuman dikurangkan memandangkan dia sudah insaf dan bersedia menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari memohon satu hukuman yang berat terhadap tertuduh memandangkan perbuatan lelaki terhadap mangsa, Muhammad Adam Mikhail Abdullah yang baru berusia 10 bulan ketika kejadian amat ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Menurutnya, akibat perbuatan tertuduh itu, mangsa yang kini masih koma dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Berdasarkan laporan hasil pembedahan yang dijalankan, kecederaan bahagian usus bayi itu menyebabkan organ tersebut gagal berfungsi dan akan kekal sepanjang hayat,” katanya.
Farahah berkata, dalam kes itu, tertuduh mengenali mangsa dan ibunya namun tergamak melakukan perbuatan tersebut ke atas bayi yang diletakkan di bawah jagaannya.
Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah itu buat pertama kali pada 1 Ogos 2012 didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah bilik sewa di Jalan Wong Ah Jang bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah ketika itu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Khoirumminan didakwa mencederakan mangsa yang ditinggalkan di bawah jagaannya ketika teman wanitanya keluar bekerja.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8 malam, 23 Julai 2012 hingga jam 3.30 petang hari berikutnya.
Kecederaan pada mangsa disedari ibunya berusia 22 tahun selepas mendapati anaknya itu menangis dan muntah–muntah.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki tertuduh mendera anaknya hingga terpaksa dirawat di Unit PICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Susulan laporan tersebut, tertuduh ditahan sehari selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
notakaki : bayi pecah usus dan kekal sepanjang hayat. pelaku hanya kena penjara 5 tahun, kenapa tidak sepanjang hayat?

Subscribe to:
Posts (Atom)