YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Sunday 6 April 2014

Mayat kanak-kanak berumur 3 tahun di Kajang

Kajang 5 April : Seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui mati dipercayai akibat didera di Laman Kesuma, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.

Mayat dipercayai didera berdasarkan keadaan fizikalnya yang ditemui orang awam dalam keadaan lebam di muka dan mulut berbuih, selain terdapat kesan benjol pada dahi mangsa.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu jam 7.40 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak yang dianggar berusia antara tiga hingga empat tahun itu mendapati ada kesan lebam di muka, selain kesan benjol di dahi.

“Sehingga kini, kita masih belum mengenal pasti identiti mangsa dan ketika pemeriksaan dijalankan, kanak-kanak terbabit juga tiada kesan suntikan BCG di kedua-dua lengannya.

Jarang dilalui penduduk

“Ketika ditemui, mangsa masih memakai lampin pakai buang dan dipercayai diletakkan seseorang di kawasan itu supaya mudah dilihat orang ramai,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, mayat kanak-kanak itu hanya disedari orang awam selepas lapan jam berikutan kawasan terbabit sunyi dan jarang dilalui penduduk.

Abdul Ghani berkata, tiada kecederaan parah dialami mangsa, sebalik hanya kesan lebam dan wajahnya mirip seperti warga Pakistan.

“Kita mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...