YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Wednesday, 30 April 2014

Plumbum dalam air lombong Selangor?


Menurut page
ANTI Semua Salah UMNO - ASSU 

Exco kerajaan negeri selangor mengakui air dari lombong tinggal yang di salurkan ke loji rawatan air mengandungi plumbum, katanya lagi hasil dari kajian Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati kandungan bahan kimia tersebut tidak merbahaya kepada manusia dan lagi kualiti plumbum yang ada dalam air lombong itu masih mengikut piawaian kesihatan yang di tetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, tetapi dalam masa yang sama dia tak pulak menunjuk kertas keputusan hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan dan LUAS...

Soalnya sekarang, apakah kerajaan negeri akan bertanggung jawab sekiranya rakyat selangor mendapat penyakit kesan dari penggunaan air ber-plumbum itu? atau macam biasa kerajaan pkr selangor akan menunding jari dan menyalahkan orang lain bila sesuatu yang buruk kena pada rakyat...

Bak kata Tun Mahathir, "You choose the wrong government, you pay the price"..-Tok Guru.

Doa bulan Rejab

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2014

Suami perlu utamakan ibunya

Keajaiban sedekah

Pakai jam tangan kiri

Doa untuk sembuhkan penyakit kulit

Bas Shamisha lambat



Doa untuk musnakan sel kanser

Monday, 21 April 2014

Tayar MH192 yang pecah

Tayar pesawat MH192 (KL-Bangalore) telah pecah ketika ingin berlepas selain menyebabkan gear pendaratan rosak.

Pesawat telah berlegar-legar di ruang udara KL sebelum berpatah balik dan berjaya membuat pendaratan cemas di KLIA.

 

 Penerbangan ke Bangalore ditunda dan pesawat lain akan digunakan untuk mengantikan pesawat yang rosak tadi. Tiada kecederaan dilaporkan

Video pendaratan cemas MH192





Sunday, 20 April 2014

Mangsa serangan gas beracun di Syria

 
Mengikut sumber, anak kecil ini adalah mangsa serangan gas beracun oleh tentera Syria...Tetapi tidak melemahkan semangat beliau untuk belajar...

Tabahnya dirimu wahai anak

Bapa liwat anak lelaki berusia 23 hari di Gombak

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Lagi bas terjunam gaung di Pekan



    

SEBUAH bas dua tingkat membawa pelancong asing dalam perjalanan dari Pulau Redang ke Singapura, terjunam dalam gaung dekat Paloh Hinai, Pekan, jam 4.30 petang tadi. Setakat ini seorang pelancong laporkan maut. FOTO Luqman Hakim Zubir

Warga emas sawan ketika berzina dengan kekasih muda

Miri: Seorang lelaki warga emas dikejarkan ke hospital selepas diserang sawan ketika melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya di sebuah hotel, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan teman wanitanya berusia 20-an panik dan segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan selepas lelaki berusia 60-an itu mengalami kekejangan di seluruh tubuh.

Difahamkan, lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga tetapi dipercayai mengunjungi hotel terbabit bagi memadu asrama dengan wanita berkenaan, dipercayai kekasih gelapnya.
Menurut sumber, sepasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

“Tindakan pantas paramedik Hospital Miri berjaya menyelamatkan warga emas terbabit yang dipercayai kekejangan seluruh badan selain mulutnya berbuih.

“Lelaki itu dilaporkan stabil sebaik menerima rawatan di hospital dan dibenarkan keluar hari ini (semalam),” katanya.
Menurut sumber itu, selepas disoal siasat, wanita terbabit mengakui mangsa diserang sawan secara tiba- tiba ketika mereka melakukan hubungan seks.

Sementara itu, jurucakap Hospital Miri berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan sebelum membawa lelaki itu ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.


p/s: makan viagra ker

Bayi maut tertelan skru



Foto  

BESUT: Seorang bayi berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih, dekat sini, semalam.
Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain di dalam rumah bersama dua abangnya berumur lima dan tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian disedari oleh abang mangsa berumur 5 tahun yang memberitahu datuknya yang berada di luar rumah setelah melihat adiknya itu tidak sedarkan diri selepas muntah-muntah.

Kamaruddin berkata, ketika kejadian ibu mangsa sedang mandi manakala datuk dan neneknya sedang membuat kerja masing-masing di sekitar rumah mereka.

 "Apabila menyedarinya, mereka mengejarkan mangsa ke Hospital Daerah Besut tanpa mengetahui ia telah tertelan skru," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia setibanya di hospital.

Kamaruddin berkata, mangsa dan ibu bapanya tinggal bersama datuk dan neneknya sejak beberapa tahun lalu di Felda berkenaan.

Pemeriksaan pihak hospital kemudiannya mengesan sebatang skru sepanjang dua sentimeter terlekat di kerongkong kanak-kanak berkenaan, yang kemudian berjaya dikeluarkan.

Mengesahkan hal itu, Pegawai Perubatan hospital, Dr Nur afi’dah M. Zulkepli berkata, skru itu menyekat aliran udara (nafas) mangsa di kerongkong.

Kamaruddin berkata, pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian.

Mayat mangsa dituntut oleh datuknya kira-kira jam 6.30 petang semalam. - Bernama

Sunday, 6 April 2014

Syed Saifullah suspek fitnah gambar Datin Seri Rosmah Mansor

KUALA LUMPUR: Pemilik akaun media sosial Facebook yang didakwa menghina isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan polis untuk membantu siasatan.http://suarainsan.net/wp-content/uploads/2014/04/Screen-shot-2014-04-06-at-2.31.55-PM.png
kurang-ajar
Sumber polis memberitahu, suspek yang berumur 25 tahun ditahan oleh sepasukan polis di kediaman suspek di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.

Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul berkenaan dengan penyebaran satu gambar cebisan daging mayat manusia yang dikatakan Datin Seri Rosmah Mansor.


Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.



Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"


Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor.


MH370 | Info asas

YA ALLAH bantulah saudara kami | Gambar yang menyayat hati

Kredit to

NINO Fezza cinereporter

https://www.facebook.com/pages/NINO-Fezza-cinereporter/398277010188647 









YA ALLAH
kami hambaMu yang lemah
tangan kami di bumi timur ini jauh
hanya tadahan doa yang mampu kami mohon
selamatkanlah mereka

YA ALLAH
kami hambaMu yang lalai
di saat kami bergembira ceria
tidak tersedar ada tangisan tanpa henti
di bumi yang sama-sama dikongsi
selamatkanlah mereka

Ya ALLAH
kami hambaMu yang tamak
tanpa puas merampas itu ini
nyawa tiada nilai harga
cairan merah ibarat air
cairan hitam yang dicari
selamatkanlah mereka

Aaminn
YA RABB

- Shaz








 





 

 

Bersabarlah wahai insan terpilih
kalian adalah hamba yang disayangi
si kecil yang pergi
terbang menjadi bidadari syurga
menunggu si bapa dan si ibu

Bersabarlah wahai insan terpilih
kalian bukan kaum yang lemah
di sana nanti kalian akan tersenyum
penderitaan dunia yang sementara
di sana nanti kekal bahagia
- Shaz


Gambar milik : NINO Fezza cinereporter
https://www.facebook.com/pages/NINO-Fezza-cinereporter/398277010188647 

Mayat kanak-kanak berumur 3 tahun di Kajang

Kajang 5 April : Seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui mati dipercayai akibat didera di Laman Kesuma, Batu 14, Hulu Langat, di sini, semalam.

Mayat dipercayai didera berdasarkan keadaan fizikalnya yang ditemui orang awam dalam keadaan lebam di muka dan mulut berbuih, selain terdapat kesan benjol pada dahi mangsa.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu jam 7.40 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kanak-kanak yang dianggar berusia antara tiga hingga empat tahun itu mendapati ada kesan lebam di muka, selain kesan benjol di dahi.

“Sehingga kini, kita masih belum mengenal pasti identiti mangsa dan ketika pemeriksaan dijalankan, kanak-kanak terbabit juga tiada kesan suntikan BCG di kedua-dua lengannya.

Jarang dilalui penduduk

“Ketika ditemui, mangsa masih memakai lampin pakai buang dan dipercayai diletakkan seseorang di kawasan itu supaya mudah dilihat orang ramai,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, mayat kanak-kanak itu hanya disedari orang awam selepas lapan jam berikutan kawasan terbabit sunyi dan jarang dilalui penduduk.

Abdul Ghani berkata, tiada kecederaan parah dialami mangsa, sebalik hanya kesan lebam dan wajahnya mirip seperti warga Pakistan.

“Kita mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.


Bayi dituduh rancang bunuh

Foto 

Mengikut akhbar Express Tribune, keluarga itu didakwa cuba membunuh pegawai polis yang melakukan serbuan apabila membaling batu terhadap mereka.

Laporan polis dibuat terhadap datuk bayi terbabit, Muhammad Yassen, serta keseluruhan keluarganya termasuk Muhammad.

Menurut ayah Muhammad, mereka sekeluarga memprotes terhadap kekurangan bekalan elektrik di kawasan mereka.

Sementara itu, pegawai polis Sub Inspektor Kashif Ahmed kini digantung kerja kerana mendaftarkan kes berkenaan terhadap Muhammad.

Hakim tidak dapat membatalkan kes terhadap bayi itu kerana di luar bidang kuasanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Punjab Shahbaz Sharif sudah mengarahkan Ketua Polis memastikan laporan baru difailkan.

Dia turut dilaporkan menuntut tindakan tegas terhadap pegawai yang membawa kes berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...