YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Sunday 18 November 2012

Bayi 11 bulan maut disembelih bapa

sumber kosmo :

KUANTAN – Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11 bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23, kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika sedang tidur di bilik.

“Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur, tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang sedikit pelik.
 
“Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak keduanya itu selepas terdengar dia merengek.

“Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam.

sumber utusan :

UANTAN 17 Nov. - Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.
"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121118/je_01/Penagih-dadah-kelar-anak-kandung#ixzz2CZ9KSGEj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.
"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121118/je_01/Penagih-dadah-kelar-anak-kandung#ixzz2CZ9eTxQ2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sumber Sinar Harian :
Suara bisik mahu bunuh anak

Suara bisik mahu bunuh anak

"SEBELUM itu, saya dengar suara anak dan suami ketawa dari dalam bilik. Saya berada di dapur bersama anak sulung, Mohd Al-Amin, 2," kata Suze Jalit, 26, ibu bayi malang, Nor Amirah yang maut disembelih bapanya sendiri di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam semalam.
Suze berkata, tiba-tiba terdengar suara anaknya yang berusia 11 bulan 20 hari itu menangis, namun masih tidak mengesyaki apa-apa.

"Hinggalah apabila saya dapati Amirah tiba-tiba senyap selepas dua kali menangis, barulah saya rasa seperti ada yang tidak kena segera berlari ke bilik. Ketika itulah ternampak leher Amirah berlumuran darah.

"Anak saya masih atas katil sementara suami pula memegang parang pendek," katanya.
Ketika ditemui semalam, wanita itu ternyata masih sukar menerima kenyataan bayinya sudah tiada, apa lagi nyawanya diragut ayah sendiri.
"Baru petang semalam (kelmarin) kami sekeluarga keluar berjalan-jalan. Ayahnya pun sangat mesra dengannya dan bermain-main dengannya hingga ke malam. Tak sangka pula kesudahannya ini yang terjadi," katanya sambil mengesat air mata.

Mengenai suaminya, Suze berkata, lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa sering dengar bisikan suara kononnya ada orang mahu membunuh dan membakar Nor Amira.
Adik lelaki itu, Norazliza Ismail, 23, pula berkata, dia menonton TV ketika mendengar kakak iparnya (Suze) menjerit dan menangis.

"Saya bergegas ke bilik dan melihat Amirah sudah tidak bernyawa dan lehernya berlumur darah. Saya kuatkan hati, ambil kain dan balut luka pada lehernya," kata gadis itu.

Norazliza berkata, abangnya pula yang disyaki terlibat perbuatan itu, seolah-olah baru tersedar khayalan. Dia menangis, meratap setelah melihat keadaan anaknya malah dikatakan turut menghubungi polis dan ambulans.

"Sebelum ini, dia sering alami gangguan fikiran. Dia pernah mengaku selalu dengar bisikan ada orang mahu bunuh dan bakar anaknya. Dia mahu bunuh sendiri anaknya daripada biar dibunuh orang lain," katanya.

Jenazah bayi malang itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat, sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Panching Selatan, dekat sini.

UANTAN 17 Nov. - Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.
"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121118/je_01/Penagih-dadah-kelar-anak-kandung#ixzz2CZ9KSGEj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...