YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Sunday 18 November 2012

Mayat bayi lelaki atas tilam

15 Nov. - Rahsia seorang gadis berusia 24 tahun mengandung anak luar nikah terbongkar apabila dia melahirkan bayi seorang diri di dalam bilik di rumahnya di Lorong Haji Salleh, Batu Lima Jalan Meru dekat sini semalam.

Perkara tersebut hanya diketahui apabila kakaknya yang berusia 27 tahun terjumpa seorang bayi lelaki yang tidak bernyawa di atas tilam dalam bilik gadis itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, laporan polis dibuat oleh kakak gadis terbabit dan bayi lelaki cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira pukul 4 petang.
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian di pekan Meru dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki warga Bangladesh sejak awal tahun ini.

Namun, katanya, warga Bangladesh tersebut telah pulang ke negara asalnya pada Mac lalu.
"Siasatan Unit Forensik menjumpai tali pusat dalam satu beg plastik dan dipercayai suspek memotong sendiri tali pusat berkenaan.

"Suspek dan mayat bayi lelaki tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemeriksaan dan bedah siasat. Punca kematian bayi itu juga sedang disiasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Shukor, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Dalam pada itu, usaha untuk menemu bual ahli keluarga gadis itu gagal apabila pemberita diusir dari kawasan rumah keluarga tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...