YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Friday, 30 November 2012

Slash - Hati kian terluka

Slash - Rindu pada yang tak sudi

Kemaluan disimbah asid akibat merogol

Berita di atas dipetik dari Utusan.

notakaki : asal bawah umur terus dikira merogol walaupun suka sama suka. Elok juga disimbah asid ni, bagi ingatan bahawasanya balasan zina di akhirat tu lagi dasyat dari asid.

Utama - Hentikan alasanmu

JED - Cintaku terlarang

Twins - Dijarak perindu

Kasawari - Teguh

Twins- Satu selamanya

SPEARS - MENGHARAPKAN JANJIMU

Wednesday, 28 November 2012

Polis Kinabatangan Cari Ibu Bapa Kanak-Kanak Ditinggal Di Hentian Bas

SANDAKAN: Polis Kinabatangan sedang mencari ibu bapa atau penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan tiga tahun yang ditinggalkan di sebuah perhentian bas Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata orang awam menemui kanak-kanak tersebut bersendirian di perhentian bas itu berhadapan Sekolah Menengah Bukit Garam 2.

"Sesiapa yang kehilangan budak lelaki diminta tampil membuat kawad cam di IPD Kinabatangan dengan segera," katanya ketika dihubungi.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
IPD Kinabatangan boleh dihubungi di talian 089-561890.

Sementara itu seorang bapa merayu anak perempuannya agar pulang setelah dia dikatakan keluar dari asrama sekolah pada 2 Nov lepas.

Amat Morusin berkata anaknya Nurayuni, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut, bersama seorang lagi rakannya dipercayai keluar dengan dua lelaki yang merupakan kenalan mereka, kira-kira pukul 2 pagi menggunakan bot.

Orang ramai yang mempunyi maklumat mengenai remaja tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222.

Kemelut agama anak apabila bapa Islam, si ibu kafir

PUTRAJAYA - Seorang guru tadika memperoleh hak penjagaan terhadap tiga anaknya yang diislamkan bekas suaminya.

Ini kerana Muhammad Ridzuan Abdullah atau sebelum memeluk Islam dikenali sebagai K. Patmanathan, kehabisan peluang untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan anak-anaknya kepada M.Indira Gandhi, 37, yang beragama Hindu.

Panel lima anggota diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini menolak dengan kos permohonan Muhammad Ridzuan, 43, untuk mendapatkan kebenaran merayu kepada Mahkamah Persekutuan.

Muhammad Ridzuan mengemukakan permohonan itu setelah rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 April lepas berikutan kegagalan memfailkan rekod rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Muhammad Ridzuan selepas berpuas hati bahawa tidak terdapat asas atau keadaan khusus untuk memberi pelanjutan masa kepadanya bagi memfailkan rekod rayuan.

Muhammad Ridzuan memfailkan notis rayuan pada 11 Mac 2010 dan dikehendaki memfail rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu mulai tarikh beliau memfailkan notis rayuan, namun peguam yang mewakilinya sebelum ini tidak berbuat demikian.

Rekod rayuan berkenaan difailkan setahun kemudian.

Pada prosiding hari ini, Hakim Arifin memerintahkan Muhammad Ridzuan membayar RM10,000 sebagai kos guaman.

Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Pada 11 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi hak penjagaan Tevi Darsiny (Ummu Salamah), 15, Karan Dinish (Abu Bakar), 14, serta Prasana Diksa (Ummu Habibah), empat tahun kepada Indira, dan membenarkan  Muhammad Ridzuan melawat anak-anaknya sekali seminggu.

Mahkamah itu juga memerintahkan agar Prasana Diksa, yang tinggal bersama Muhammad Ridzuan, dikembalikan kepada Indira manakala dua lagi anak mereka, yang tinggal bersama Indira, terus tinggal bersama ibu mereka  (Indira).

Muhammad Ridzuan memeluk Islam pada April 2009 dan mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan Indira.

Pada 24 April 2009, Indira memperoleh hak penjagaan sementara terhadap anak-anaknya daripada Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada 29 Oktober tahun sama, Muhammad Ridzuan, yang diwakili peguam Anas Fauzi, memperoleh hak penjagaan daripada Mahkamah Syariah.

K.Shanmuga, antara peguam yang mewakili Indira, memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan esok untuk menyebut permohonan semakan semula kehakiman Indira bagi mengetepikan sijil pertukaran agama anak-anaknya.

Peguam itu berkata, satu prosiding menghina mahkamah terhadap Muhammad Ridzuan akan dimulakan berikutan kegagalannya mematuhi perintah Mahkamah Tinggi agar Prasana Diksa dipulangkan kepada Indira.

notakaki : Islam agama rasmi negara kita kan?

Khalwat : Pasangan muda dipenjara sebulan bersama anak kecil

KAMPUNG RAJA - Seorang ibu muda berusia 17 tahun terpaksa membawa anaknya meringkuk di dalam penjara selama sebulan kerana gagal membayar denda selepas mengaku salah berkhalwat.

Turut dipenjara adalah pasangannya berusia 18 tahun kerana gagal membayar denda RM2,500 setiap seorang selepas ditangkap sepasukan penguat kuasa agama di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Oh, dekat Jabi, jam 1.35 pagi, 11 Januari tahun lalu.

Mereka kemudiannya berkahwin di selatan Thailand selepas beberapa hari ditangkap dan ibu muda terbabit kini mengandungkan anak kedua.

Wanita berkenaan terpaksa membawa anaknya bersama kerana masih menyusu badan dan tidak boleh berpisah dengannya.

Terdahulu sebelum itu, Mahkamah Rendah Syariah Besut menjatuhkan hukuman denda RM2,500 atau sebulan penjara selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di rumah lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemotong rumput.
Khalwat
Mereka didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat, sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes yang dibacakan Pendakwa Syarie, Norzilawati Said, ketika serbuan dilakukan, pintu utama rumah dibuka seorang wanita tua.

Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bilik utama rumah berkenaan mendapati tertuduh wanita sedang tidur di atas katil, manakala tertuduh lelaki tidur di atas tilam di bawah katil bersama adiknya berusia 11 tahun, sementara di dalam sebuah bilik lain ada seorang perempuan sedang tidur.

Wanita dari Hulu Besut itu berkata, dia berada di rumah lelaki terbabit pada hari ditangkap kerana lari dari rumah dan merancang untuk berkahwin dengan pasangannya sehari sebelum

Notakaki : Apabila jadi macam ni, nak marah nak pukul herdik pun dah tak guna. Dah ada anak kecil dan mengandung lagi. Dengar umur yang masih 17 tahun, di kala sahabat-sahabat lain masih sibuk dengan SPM dan masih lagi sibuk dengan perangai keanak-anakkan. Tetapi remaja terbabit sibuk dengan anak dan suami. Akal pendek. Sanggup lari dari rumah ikut jantan, kahwin di Thailand dengan status yang diragui. Jadikanlah iktibar wahai anak-anak gadis lain. Cinta, nafsu, jantan semua itu boleh apabila masa mengizinkan. Zaman belajar, anda harus belajar. Cari kerja yang bagus dan kemudian kahwinlah dan binalah keluarga bersama kekasih.

Mat Yo sudah selamat menandatangani kontrak bersama Johor

Di mana bumi pijak
di situ langit dijunjung

semoga Mat Yo terus maju dalam bolasepak

Sunday, 18 November 2012

Mayat bayi lelaki ditemui di tempat pembuangan sampah

KUALA TERENGGANU 28 Mac – Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di tapak 
pembuangan sampah Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di Kampung Mak Chili, Cukai, Kemaman petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mayat bayi malang itu ditemui 
di dalam sebuah beg pakaian kira-kira pukul 5.50 petang oleh seorang pemungut sampah.

Pemungut sampah terbabit yang pada mulanya menyangka beg tersebut mengandungi barang berharga 
telah membuka beg tersebut dan terkejut apabila mendapati terdapat mayat bayi di dalamnya. - UTUSAN

Mayat bayi lelaki atas tilam

15 Nov. - Rahsia seorang gadis berusia 24 tahun mengandung anak luar nikah terbongkar apabila dia melahirkan bayi seorang diri di dalam bilik di rumahnya di Lorong Haji Salleh, Batu Lima Jalan Meru dekat sini semalam.

Perkara tersebut hanya diketahui apabila kakaknya yang berusia 27 tahun terjumpa seorang bayi lelaki yang tidak bernyawa di atas tilam dalam bilik gadis itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, laporan polis dibuat oleh kakak gadis terbabit dan bayi lelaki cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira pukul 4 petang.
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek yang bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai pakaian di pekan Meru dipercayai menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki warga Bangladesh sejak awal tahun ini.

Namun, katanya, warga Bangladesh tersebut telah pulang ke negara asalnya pada Mac lalu.
"Siasatan Unit Forensik menjumpai tali pusat dalam satu beg plastik dan dipercayai suspek memotong sendiri tali pusat berkenaan.

"Suspek dan mayat bayi lelaki tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk pemeriksaan dan bedah siasat. Punca kematian bayi itu juga sedang disiasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd. Shukor, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Dalam pada itu, usaha untuk menemu bual ahli keluarga gadis itu gagal apabila pemberita diusir dari kawasan rumah keluarga tersebut.

Bayi 11 bulan maut disembelih bapa

sumber kosmo :

KUANTAN – Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11 bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23, kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika sedang tidur di bilik.

“Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur, tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang sedikit pelik.
 
“Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak keduanya itu selepas terdengar dia merengek.

“Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam.

sumber utusan :

UANTAN 17 Nov. - Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.
"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121118/je_01/Penagih-dadah-kelar-anak-kandung#ixzz2CZ9KSGEj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.
"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121118/je_01/Penagih-dadah-kelar-anak-kandung#ixzz2CZ9eTxQ2
© Utusan Melayu (M) Bhd

Sumber Sinar Harian :
Suara bisik mahu bunuh anak

Suara bisik mahu bunuh anak

"SEBELUM itu, saya dengar suara anak dan suami ketawa dari dalam bilik. Saya berada di dapur bersama anak sulung, Mohd Al-Amin, 2," kata Suze Jalit, 26, ibu bayi malang, Nor Amirah yang maut disembelih bapanya sendiri di Felda Panching Selatan, dekat sini, malam semalam.
Suze berkata, tiba-tiba terdengar suara anaknya yang berusia 11 bulan 20 hari itu menangis, namun masih tidak mengesyaki apa-apa.

"Hinggalah apabila saya dapati Amirah tiba-tiba senyap selepas dua kali menangis, barulah saya rasa seperti ada yang tidak kena segera berlari ke bilik. Ketika itulah ternampak leher Amirah berlumuran darah.

"Anak saya masih atas katil sementara suami pula memegang parang pendek," katanya.
Ketika ditemui semalam, wanita itu ternyata masih sukar menerima kenyataan bayinya sudah tiada, apa lagi nyawanya diragut ayah sendiri.
"Baru petang semalam (kelmarin) kami sekeluarga keluar berjalan-jalan. Ayahnya pun sangat mesra dengannya dan bermain-main dengannya hingga ke malam. Tak sangka pula kesudahannya ini yang terjadi," katanya sambil mengesat air mata.

Mengenai suaminya, Suze berkata, lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa sering dengar bisikan suara kononnya ada orang mahu membunuh dan membakar Nor Amira.
Adik lelaki itu, Norazliza Ismail, 23, pula berkata, dia menonton TV ketika mendengar kakak iparnya (Suze) menjerit dan menangis.

"Saya bergegas ke bilik dan melihat Amirah sudah tidak bernyawa dan lehernya berlumur darah. Saya kuatkan hati, ambil kain dan balut luka pada lehernya," kata gadis itu.

Norazliza berkata, abangnya pula yang disyaki terlibat perbuatan itu, seolah-olah baru tersedar khayalan. Dia menangis, meratap setelah melihat keadaan anaknya malah dikatakan turut menghubungi polis dan ambulans.

"Sebelum ini, dia sering alami gangguan fikiran. Dia pernah mengaku selalu dengar bisikan ada orang mahu bunuh dan bakar anaknya. Dia mahu bunuh sendiri anaknya daripada biar dibunuh orang lain," katanya.

Jenazah bayi malang itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat, sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Panching Selatan, dekat sini.

UANTAN 17 Nov. - Seorang bapa bertindak kejam apabila mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan di sini malam tadi.
Kejadian menyayat hati itu berlaku pukul 9.30 malam apabila suspek yang berusia 29 tahun bertindak sedemikian sehingga menyebabkan bayi perempuannya, Nur Amirah mati akibat kecederaan serius di leher.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.
"Suspek mendakwa keadaan itu menyebabkan dia bertindak di luar dugaan dengan mengelar leher anaknya sendiri kononnya kerana terlalu menyayangi anaknya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20121118/je_01/Penagih-dadah-kelar-anak-kandung#ixzz2CZ9KSGEj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...