YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Wednesday, 30 January 2013

Tengku Fiella- Bekas kekasih Nazmi

Foto

Kota Bharu: “Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli, 21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.

Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai miliknya, m enuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.

Menurut Tengku Fiella, dia kini bukan lagi teman wanita Nazmi kerana sudah memutuskan hubungan dengan pemain bola sepak kelab SC Beira-Mar, Portugal itu, tiga minggu lalu.

Katanya, selepas memutuskan hubungan, Nazmi ada menghubunginya, tetapi dia tidak menjawabnya sehingga Nazmi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan mahu memalukan serta memburukkan namanya.
 sumber metro

_________________________________________________

AWAL pagi Isnin yang cerah, dunia seni dan dunia sukan tempatan dikejutkan dengan berita panas. Kisah ini ciptaan bintang bolasepak remaja kebangsaan, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Walaupun Nazmi berada dalam dunia sukan, tetapi kes ini menjadi bertambah hangat apabila ia turut membabitkan nama-nama 'panas' yang lain.

Nazmi mendakwa, suami kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak telah merampas dan menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi Faiz, 19, yang kini bermain untuk kelab SC Beira-Mar mendakwa, Aidil yang kini mewakili Johor Darul Takzim telah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk membolehkan bekas kekasihnya itu berbelanja di Johor.

Meskipun Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian, ternyata kenyataan itu membawa kesan yang sangat hebat kepada Aidil sendiri.
 
Menurut Aidil, dia menjadi mangsa 'permainan' dan rasa kecewa wanita bernama Tengku Fiella itu. Hits dapat mendengar luahan hati Aidil pada petang Isnin lalu. Dalam pada itu, Rita Rudaini pula mengaku semakin 'geli' dengan pelbagai kisah cinta yang dikaitkan dengan suaminya akhir-akhir ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...