YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Tuesday 5 March 2013

Ops Sulu ditukarkan nama menjadi Op Daulat - 5 Mac 2013

 YA ALLAH, KEMBALIKAN KEAMANAN DI SABAH DAN KEKALKANLAH KEAMANAN NEGARA KAMI UNTUK KAMI WARISKAN KEPADA ANAK CUCU KAMI

Hingga hari ini, masih lagi ada suara yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan di Sabah. Kematian 8 anggota polis di Lahad Datu dan Semporna pula dianggap sebagai lakonan semata-mata. Bagi yang kurang ajar, mengganggap pahlawan-pahlawan negara yang terkorban itu sebagai 'anjing UMNO'.

Namun, di fikiran pihak yang sama juga, mereka menyalahkan kerajaan yang dikatakan sangat-sangat berlembut dengan penceroboh. Kononnya kerajaan terlalu baik membuka rundingan dan menunggu rundingan dari pihak penceroboh hingga mengorbankan 8 anggota polis. Perkara lama pula diungkit dan dijadikan perbandingan apabila kerajaan dituduh kononnya bertindak keras terhadap BERSIH. 

Tiada siapa yang inginkan peperangan. Tanyalah penduduk di Lahad Datu dan Semporna bagaimana perasaan mereka sekarang. Kerana itulah, kerajaan cuba melakukan rundingan secara lembut agar tiada nyawa yang melayang. Sayangnya, penceroboh bertindak agresif hinggakan media kita mengelar mereka sebagai kejam. Mereka menggunakan taktik kotor dengan mengangkat bendera putih untuk memerangkap anggota VAT69 yang menyaksikan 2 wira kita terkorban.  Tidak habis di situ, mereka menggunakan taktik kotor lagi apabila masuk ke rumah penduduk di Kg Sri Jaya Semporna dan meminta penduduk menghubungi polis kerana kononnya ingin berunding dengan polis. Akibatnya, 6 lagi wira kita terkorban. Al-fatihah untuk wira yang telah gugur. Semoga mereka mendapat ganjaran syahid.



 Isu "Kenapa POLIS? Kenapa tidak tentera?" masih lagi dimainkan walaupun media-media elektronik dan bukan elektronik menerangkan berkali-kali mengapa Malaysia menggunakan polis, bukan menggunakan tentera. Di bawah, admin hanya mencedok dari sumber polis mengenai persoalan mengapa tidak tentera.

Persoalan Kenapa polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antaraban
gsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.- KPPDM

 



Hari ini, 5 Mac 2013 yang kini merupakan sebahagian sejarah negara kita, apabila tentera melakukan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk ke kawasan yang didiami penceroboh di Lahad Datu. Memetik kenyataan Perdana Menteri  dari Sinar Harian 5Mac2013, beliau berkata 

kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
 Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka.

YA! Malaysia sudah tidak ingin berlembut lagi, kita sudah tidak ingin berunding lagi kerana 8 orang wira kita telah terkorban. Dibunuh dengan kejam. Sabar kita ada hadnya.

Dan, lihatlah...Setelah serangan dilancarkan, Kedutaan negara kita di Filipina terpaksa ditutup akibat dikepong oleh penunjuk perasaan yang membantah tindakan kita melakukan serangan udara di Sabah. Lupakah mereka? Kita sudah bertolak-ansur. Kita sudah cuba untuk berunding. Namun, kita dibalas dengan pembunuhan anggota pertahanan kita. Bukan salah kita jika kita bertindak keras. Ini negara kita. Kita mempertahankan kedaulatan negara kita. Mereka tiada hak untuk melakukan bantahan. Siapa mereka untuk membantah? Sudahlah menceroboh negara kita, membunuh orang kita masih lagi mahu mengatakan mereka di pihak yang betul. Kemudian, membakar bendera kita dan membakar gambar pemimpin kita. Ini saatnya kita perlu bersatu wahai rakyat Malaysia. Bukannya turut sama membantah. Kerajaan mengesahkan 20 orang penceroboh mati, tetapi ada di kalangan kita yang tidak percaya. Lebih percayakan media Filipina yang menyebut tiada seorang pun mati.


Demi kedaulatan negara kita. Demi menunjukkan kita bukanlah sebuah negara lemah yang boleh ditentang sewenang-wenangnya, akhirnya OPS Sulu telah ditukarkan kepada OP Daulat pada 5 MAc 2013.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...