YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Tuesday 5 March 2013

DNA tertuduh pada kemaluan Dirang

Siasatan kes bunuh Dirang siap waktu terdekatJOHOR BAHRU – Profil asid deoksiribonukleik (DNA) milik tertuduh, Muidin Maidin, 25, ditemui pada kemaluan dan dubur kanak-kanak malang, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang yang dijumpai dibakar pada 8 Mac tahun lalu.

Dalam keterangan Pegawai Sains di Jabatan Kimia cawangan Johor, Adrieanne Reeza Alwi iaitu saksi pendakwaan ke-18 di mahkamah tinggi di sini berkata, DNA itu berpadanan dengan spesimen yang diambil dari kemaluan dan dubur mangsa ketika bedah siasat.

Bagaimanapun, kedua-dua spesimen itu adalah DNA campuran tidak mempunyai spermatozoa atau kehadiran air mani. “Profil DNA tertuduh yang ditandakan sebagai E31 dan E32 ditemui pada kemaluan mangsa mencatatkan 7 daripada 15 locus genetik
dan terdapat kesan darah tertuduh manakala di bahagian dubur pula mencatatkan kewujudan 12 locus genetik,” katanya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar mengenai bagaimana profil DNA tertuduh boleh ditemui di kedua-dua bahagian sulit mangsa tanpa ada kesan air mani, Adrieanne Reeza menjawab, terdapat dua kemungkinan.

Kemungkinan pertama berlaku penetrasi, kemasukan jari atau objek tumpul sama ada ia membabitkan ejakulasi atau tidak, manakala kemungkinan kedua melalui sentuhan melibatkan sel kulit, peluh atau air liur.

Menjawab pertanyaan peguam bela, Mohd Daud Ismail mengenai ujian untuk sel kulit, peluh atau air liur, Adrieanne Reeza berkata, pihaknya tidak melakukan ujian terhadap sel kulit, air liur dan peluh kerana ia bukan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jabatan Kimia, selain sampel sel mangsa juga tidak mencukupi untuk membuat ujian lain.

“Selain itu, ujian DNA adalah ujian yang biasa dilakukan Jabatan Kimia terutama melibatkan kes serangan seksual,” katanya sambil memberitahu ketepatan ujian analisis DNA dijalankan adalah 99.99 peratus.

Kes dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Johor, Umar Saifuddin Jaafar dan Jasmee Hameeza. Tertuduh diwakili peguam, Mohd Daud dan Mohamad Abd Kadir di hadapan Hakim Datuk Abdul Halim Aman, masuk hari kelima bersambung 20 Mac ini.

Muidin, seorang buruh kontrak didakwa membunuh Nurul Nadirah di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara jam 11.30 pagi, 1 Mac dan 12 tengah malam, 2 Mac 2012. 


Komen : Si comel ini sedang berbahagia di sana. Semoga pembunuh Dirang dikenakan hukuman setimpal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...