YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Wednesday 17 October 2012

PKMDHL cari waris tiga bayi

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat (PKMDHL) mencari waris atau ibu kepada dua bayi lelaki dan seorang bayi perempuan masing-masing berusia lebih sebulan.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Hulu Langat, Noor Adelin Nordin berkata, pihaknya menerima rujukan kes kanak-kanak itu yang ditinggalkan di Hospital Ampang, di sini, selepas dilahirkan.

Bayi lelaki, Daniesh Abdullah yang berusia tiga bulan ditinggalkan seorang wanita dikenali sebagai Nawiati sebaik dilahirkan dan hingga kini gagal dikesan, manakala Muhammad Raqeem Adryan lahir pada 4 Mac lalu berdepan masalah kesihatan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

 Mariam Maisarah lahir pada 6 September lalu pula ditinggalkan ibunya, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, nombor kad pengenalan 930803-04-5618 menghilangkan diri selepas beberapa hari melahirkannya.

Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat waris kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Noor Adelin di talian 03-87378007 atau tampil ke PKMDHL di Lot 2-58, Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, Kajang,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...