
Bayi lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditemui berhampiran Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Mengikut rekod, bayi itu dilahirkan pada 18 April lalu di HTAR.
Sementara itu, kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Vijay Chinakanu, 14 tahun, dipercayai warga Myanmar.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris berkenaan diminta menghubungi Pegawai Pelindung Kanak-kanak, Tuah Sajali dan Nor Azian Sharfador Khan di talian 03-33413724.

Mereka juga boleh ditemui di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Tingkat Bawah, Bangunan Pejabat Kerajaan, Klang.
________________________________________________*****_____________________
SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjejak waris bayi berusia sembilan bulan yang tinggalkan ibu kandungnya sejak lahir.
Bayi berkenaan dilahirkan pada 27 November 2011 di Hospital Selayang Selangor.
Difahamkan, bayi tersebut diserahkan kepada sepupu ibu kandungnya yang menetap di Kepong.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu diminta datang ke JKM berdekatan atau menghubungi Napsiah Leb di talian 019-3038873.
p/s: tiada ke orang yang berkemampuan terbuka hati untuk membela anak-anak kecil ini. Kasihan, sekecil ini tiada kasih sayang ibubapa.