Mohd. Salleh Hussin, 54, mendakwa, isterinya, Nik Rosmalina Nik Mat, 28, bersama anak bongsu mereka, Nur Alia Nadira, 3, tidak pulang ke rumah di Felda Lui Selatan dekat sini selepas keluar ke pekan Bahau pada Isnin lalu atas alasan untuk membaiki komputer riba.
“Saya jadi bimbang apabila isteri dan anak saya tidak balik ke rumah
selepas itu, malah panggilan telefon juga tidak dijawab sampai
sekarang,” katanya di sini semalam.Lebih mengejutkan Mohd. Salleh, dia hanya menyedari dompetnya yang mengandungi kad mesin teler automatik (ATM) lesap pada Selasa lalu sebelum mendapati wang sebanyak RM5,000 dalam akaun bank telah dikeluarkan.
“Saya tidak tahu kenapa dia sanggup meninggalkan saya, kami tidak berselisih faham,” katanya.
Mohd. Salleh bercerai kira-kira 10 tahun lalu sebelum berkahwin dengan Nik Rosmalina pada tujuh tahun lepas.
Lets do some calculation -: 54 - 7 = 47 28-7= 21
p/s: daripada fikir isteri lari demi kekasih facebook, lebih baik fikir jjika isteri diculik ke, dirompak ke, diugut ke? Semoga isteri dan anak kembali dengan selamat.