YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Saturday 9 May 2015

Buang bayi dalam pam tandas di BHP Negeri Sembilan









GEMAS - Kejam!  Itulah yang dapat dikatakan apabila seorang bayi perempuan baru lahir dan masih bertali pusat, disorokkan dalam pam tandas sebuah stesyen minyak di Pasir Besar, di sini, semalam.

Bayi yang sempurna sifatnya ditemui masih lagi bernyawa oleh salah seorang kakitangan stesyen minyak tersebut kira-kira 4.30 petang, bagaimanapun meninggal dunia sejurus sampai ke klinik.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, kejadian disedari apabila kakitangan terbabit mahu membuang air kecil di tandas wanita berkenaan.

Menurutnya, ketika pekerja itu memasuki tandas, dia terlihat air melimpah keluar dari pam tandas.

“Pengadu kemudian cuba menarik pam tersebut (flush) beberapa kali, tapi air masih lagi melimpah.

“Oleh kerana curiga dengan dengan keadaan itu, pekerja itu  terus membuka pam air dan mendapati terdapat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam pam tandas berkenaan," katanya.

Menurutnya, terkejut dengan penemuan itu, pekerja berkenaan terus memangil rakan sekerjanya lalu membawa keluar bayi tersebut yang masih lagi bernyawa, sebelum dibungkus dengan tuala putih.

“Mereka kemudian menghubungi polis dan membawa bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, lima minit kemudian, bayi itu disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba ke klinik berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kooi Cheang berkata, kes  disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau berkata, polis menunggu keputusan bedah siasat yang akan dilakukan Isnin ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...