YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Saturday, 9 May 2015

Fahrin Ahmad kahwin

Kuala Lumpur: Persoalan siapakah wanita pilihan Fahrin Ahmad akhirnya terjawab apabila aktor popular itu memilih Elena Hani Eleas sebagai isteri.
Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Shahriman Ali Pitchay dengan mas kahwin RM80 dan tanpa hantaran.
Fahrin, 36, memilih Elena, 37, bujang yang juga Ketua Pramugari Emirates Airline.
Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, di sini, pagi ini dan dihadiri 200 tetamu berupa ahli keluarga, teman rapat dan wakil media.
Pasangan mempelai hanya menyediakan sebentuk cincin untuk pasangan masing-masing.
Sebelum ini desas desus mengenai siapakah wanita bakal dinikahi Fahrin hangat diperkatakan sebaik aktor itu mengadakan majlis pengumuman mengenai majlis pernikahan bakal diadakan awal minggu ini.
Ramai mengaitkan wanita pilihan Fahrin adalah dramatis Izreen Azminda, namun kedua-dua pihak menafikannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...