YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Saturday 9 May 2015

Tabung Haji jual semula tanah dibeli daripada 1MDB di TRX



KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.


TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar. Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan. Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH. "Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini.



Mengikut Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu. Mengulas lanjut beliau berkata, Azeez berkata, keputusan menjual semula tanah itu juga sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah TH yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Syukur Hussein berkata, keputusan menjual semula itu dibuat bagi menghentikan fitnah daripada berterusan. "Kita dah (sudah) bersetuju mengenai ini, supaya fitnah ini tidak berterusan, maka kita jual semula tanah," katanya.

'Terima kasih kepada pembocor maklumat'


KUALA TERENGGANU – [DIKEMASKINI] Pemuda Umno Terengganu berterima kasih kepada individu yang membocorkan maklumat sulit tentang pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Tabung Haji (TH) bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange.



Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, jika bukan kerana individu tersebut, rakyat khususnya pendeposit TH tidak akan tahu tentang pembelian sebidang tanah yang kini timbulkan rasa tidak puas hati semua pihak.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak pengurusan TH memberi jawapan segera dan konkrit bagi meredakan kemarahan rakyat terutama pendeposit TH, kerana mereka berhak mengetahui bagaimana wang mereka depositkan dilabur.

“Kami faham TH perlu buat pelaburan dalam sektor hartanah bagi membolehkan pendeposit TH mendapat pulangan dalam bentuk dividen. Persoalannya, adakah pembelian ini strategi selamatkan 1MDB?.

“Ini kerana tanah ini dijual kerajaan pusat kepada 1MDB dengan harga RM60 sekaki, tetapi dijual kepada TH RM2,860 sekaki,” katanya.

Dengan pelbagai isu dan persoalan sekarang, katanya, presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertindak segera memperjelas dan menyelesaikan beberapa perkara supaya ia tidak terus menjadi persoalan kepada rakyat.

Perkara itu melibatkan isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, perumahan generasi kedua Felda serta isu GST.

“Pendirian Pemuda Umno Terengganu, jelas. YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan perkara ini kepada rakyat, agar ia tidak lagi menjadi persoalan.

“Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang jadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan penyiasatan atau proses audit, presiden perlu bertindak sekarang,” katanya.

Sebagai sayap muda dalam parti, pihaknya turut memerlukan penjelasan sebagai wakil Umno di peringkat itu untuk memastikan Umno kekal relevan.

Mengulas lanjut, isu-isu yang menjadi persoalan ketika ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada Umno dan kerajaan.

Jelasnya, tiada maknanya segala dasar baik yang dijuarai Umno hanya dilihat rakyat sebagai liabiliti dan menjadi polemik dalam pentadbiran negara.

“Kami percaya sebagai bapa, YAB presiden tak akan terus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno dan kerajaan BN,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...