YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Sunday 3 February 2013

Kalah 3-0, Rajagopal tetap berpuas hati

‘Pujian harus diberi kepada pemain pamer aksi baik lawan Iraq’

Di sebalik kekalahan 3-0 di tangan Iraq dalam perlawanan persahabatan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin, ada sesuatu yang positif dipamerkan skuad kebangsaan.

Biarpun kehilangan 10 pemain termasuk tujuh tonggak utama dengan beberapa pemain gantian dipanggil pada saat-saat akhir, Datuk K Rajagobal tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
"Pujian harus diberikan kepada pemain yang mempamerkan persembahan baik dan mencuba bersungguh-sungguh menentang Iraq, sebuah pasukan mantap yang beraksi di final Piala Teluk baru-baru ini.


"Dalam tempoh singkat ini, kita tidak boleh meletak jangkaan tinggi kepada pasukan yang mungkin ada di antaranya kali pertama digandingkan. Malah dengan beberapa percubaan yang dihasilkan, saya rasa ia satu persembahan membanggakan.

"Kini tumpuan saya ialah mendapatkan kombinasi terbaik daripada kumpulan pemain yang ada dan mengharapkan persembahan terbaik apabila menentang Qatar nanti," katanya semalam.

Hilang 10 tunggak utama

Skuad kebangsaan kehilangan 10 pemain akibat kecederaan termasuk kapten, Safiq Rahim yang digantung perlawanan menjelang pertemuan sulung Kelayakan Piala Asia 2015, bertemu Qatar Rabu ini.
Rajagobal turut kehilangan dua penyerang utamanya, Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada kempen kali ini, dan menyaksikan posisi itu diisi Khyrill Muhymeen Zamri dan Amri Yahyah.

Ketiadaan Safiq, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor juga menyebabkan kepincangan jentera tengah negara, namun kehadiran Shakir Shaari, Shukor Jusoh dan Affize Faisal dalam skuad kali ini sedikit melegakan Rajagobal.

"Inilah pemain yang kita ada, dan dalam tempoh beberapa hari ini saya terus menilai untuk mencari gandingan terbaik.

"Saya tetap optimis dan positif dengan kemampuan skuad ini. Saya harap peminat mempunyai perasaan sama kerana pasukan ini adalah pasukan negara, bukan pasukan saya seorang,” kata Rajagobal yang sudah mempunyai bayangan awal kesebelasan utamanya Rabu ini.

notakaki : adakah Rajagopl bersikap terlalu positif ataupun mengidap sindrom penafian yang serius?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...