YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Saturday 2 February 2013

Shahidan Kassim letak jawatan dalam FAM



“Tarikh perbicaraan kes ini belum diputuskan lagi kerana surat pertuduhan belum dikeluarkan sekretariat. Tapi saya difahamkan surat pertuduhan itu akan dihantar minggu ini atau awal minggu depan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.



Rentetan kisah bolasepak Datuk Seri Shahidan Kassim


Shahidan Kassim sokong TMJ dan FAM 

Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.
  
“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.

Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis berkata, jumlah senjata dibawa itu sebenarnya kecil berbanding kehadiran penonton pada perlawanan itu.

“Saya sokong tindakan TMJ kerana beliau berani berbuat demikian, demi pemain dan penyokongnya, malah ia juga dibenarkan FAM.

“Harapan saya, FAM tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan saya ini kerana menyokong tindakan yang mereka lakukan,” katanya. Menurutnya, beliau juga berharap Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak risau dengan apa berlaku kerana ia hanya enam pucuk senapang yang dibawa ketika perlawanan itu.

“Apa yang kita akan lakukan jika pemain dibaling botol oleh penyokong lawan? Pasti kita marah dan TMJ hanya melakukan apa yang patut, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Johor.

“Penonton yang hadir juga melebihi 30 ribu, KAFA tidak perlu risau kerana ia hanya enam laras senapang,” katanya mengenai tindakan PBNJ membawa tentera lengkap bersenjata daripada Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor ke perlawanan itu. 
Sumber:Harian Metro@22-1-2013
Taufik sahkan komen Shahidan LANGGAR ARTIKEL 88
 
 uala Lumpur: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Taufek Abd Razak (gambar) mengesahkan kes kontroversi membabitkan kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim bakal dibicarakan apabila surat pertuduhan akan dihantar kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) itu, minggu ini.
Menurut Taufek, sekretariat FAM kini dalam penilaian terakhir mengenai pertuduhan dikemukakan ke atas Shahidan yang dikatakan melanggar Artikel 88 Peraturan 2010-2014 FAM.
Sebelum ini, Arena Metro melaporkan Shahidan mungkin dikenakan tindakan tatatertib berikutan kenyataannya yang menuntut transformasi dalam FAM bagi memastikan badan induk tanah air itu mendapat sokongan ramai pihak.

Transformasi yang dituntut bekas Menteri Besar Perlis itu turut menjurus kepada kesediaan FAM membantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.
“Artikel 88 termaktub sebagai satu peraturan di bawah Statut FAM. Ia tidak menghalang seseorang membuat kenyataan, cuma mereka perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu. Tapi, melalui Kod Tatatertib 4.5.8, walaupun seseorang itu mendapat kebenaran, beliau tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati seperti mengkritik atau menghina FAM.

“Dalam kes Datuk Seri Shahidan Kassim ini, kami akan tengok sama ada beliau mendapat kebenaran atau sebaliknya,” katanya.
Shahidan dalam reaksi balas terhadap kes itu baru-baru ini menyuarakan sudah bersedia mengadap Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya dipanggil berbuat demikian.

Untuk rekod, sebelum ini Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa pernah menjadi mangsa Artikel 88 apabila digantung dua tahun enam bulan pada April tahun lalu atas kesalahan mengkritik prestasi skuad kebangsaan.

Sebelum itu, Naib Presiden, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menjadi pegawai pertama badan induk kebangsaan itu yang dihukum pada 1991, disusuli Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil pada 1991 dan 2007.
 

notakaki : Didapati Shahidan Kassim banyak tekanan dalam usaha untuk memajukan bolasepak PERLIS dan juga  dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM). Apa yang boleh dikatakan, bukan senang untuk berjaya bagi seseorang yang ikhlas berbakti kerana ALLAH tetapi mudah berjaya untuk orang tidak ikhlas. ALLAH itu ingin menguji. 












Silakan memberi komen dan pendapat. Terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...