YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Friday 1 February 2013

Piya tidak rugi kerana tidak terpilih- Annuar

TINDAKAN ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal tidak menyenaraikan kapten pasukan Kelantan, Badri Radzi atau Piya dalam skuad Harimau Malaya tidak merugikan sesiapa termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata walaupun tidak dapat bersama skuad kebangsaan, namun pemain itu dapat menimba pengalaman berharga di persada antarabangsa bersama Kelantan.

"Kelantan sendiri terbabit dalam perlawanan antarabangsa dalam saingan Piala AFC dan perlawanan antarabangsa dengan kelab dari luar negara," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan dua pemain import baharu di Kota Bharu, hari ini.
 Mohd Badhri Radzi atau Piya
Dua pemain tersebut ialah pemain sayap Salim Arrache dari Perancis dan penyerang Dickson Nwakaemi dari Nigeria.

Kedua-dua pemain import itu akan diuji pada perlawanan persahabatan antarabangsa antara Kelantan dan kelab Liga Perdana Indonesia, Semen Padang, di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu ini.
Bagaimanapun, Annuar berkata, Kafa akan sentiasa terbuka dan akan memberi kerjasama jika Rajagobal memanggil semula Piya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...