KUALA LUMPUR - Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap
televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di
Ampang dekat sini hari ini.
Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil
Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang
menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi
berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada
di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.
"Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.
Al fatihah. Syurga menanti