"Buat masa ini masih belum ada kata putus, kami akan berbincang dulu.
"Tapi rasanya harga tiket mungkin tiada perubahan," kata Hamidin ketika sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.
"Tapi rasanya harga tiket mungkin tiada perubahan," kata Hamidin ketika sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini.
SINARHARIAN :
HARGA tiket final Piala Malaysia 2012 kemungkinan tidak akan berubah, kekal RM50 seperti yang dikuatkuasakan tahun lalu, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin hari ini.
Bagaimanapun jelas beliau, keputusan akhir mengenai harga tiket akan diumumkan pada 16 Oktober ini.
Tahun lalu, tiket semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85, yang berlangsung di Stadium Shah Alam, ditetapkan pada harga RM50.
Bagaimanapun ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peminat bola sepak.
Ketika itu, Hamidin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.
Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.
Dalam pada itu, Hamidin turut berkata, pihaknya akan menyediakan satu bumbung khas kepada media semasa membuat liputan final Piala malaysia di Stadium Shah Alam nanti.
Menurutnya, beliau ingin memastikan keselamatan pihak media dalam membuat liputan akan terjamin.
"Demi keselamatan pihak media, saya berjanji akan menyediakan satu bumbung khas kepada mereka nanti.
"Ini kerana untuk langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku,"
No comments:
Post a Comment