YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Tuesday, 9 October 2012

Gunung emas Sungai Eufrat

VIDEO DARI YOUTUBE


Dipetik dari Utusan Malaysia
oleh IBRAHIM ABDULLAH
mantan Pegawai Agama Seranta, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

RASULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (riwayat Bukhari).

Dalam riwayat lainnya, Rasulullah bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lainnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya.

Imam Abu Daud juga meriwayatkan hadis yang sama maksudnya.
Dalam hadis itu Rasulullah pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burham fi Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya Sungai Eufrat merupakan saat datangnya al-Mahadi sebagai nabi akhir zaman.

Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenali dengan nama al-Furat atau air paling segar. Menurur Dr. Syauqi Abu Khalil dalam Atlas al-Hadis an-Nabawi, menyatakan Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.

"Sungai itu membelah pergunungan Toros, lslu melewati Syria di kota Jarablus, melewati Iraq di kota al-Bukmal dan bertemu Sungai Tigris di al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab," ujar Dr. Syauqi.
Kata beliau lagi, panjang sungai itu mencapai 2,375 kilometer. Dua anak sungainya iaitu, al-Balikh dan al-Khabur sudah mengering airnya.

Pada masa Nabi Muhammad meramal masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, Wilayah Sunur di daerah Mediterranean itu masih dikuasai oleh dua kekuatan besar iaitu Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas sempadan alam dari dua kerajaan tersebut.

Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga mencakupi daerah Yaman hingga daerah di sekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine mencakupi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.

Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kekuasaan besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baharu dan mulai menunjukkan taringnya pada masa khalifah Abu Bakar.

Lonjakan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine tidak dapat lagi menganggap mudah kekuatan negara Islam. Maharaja Parsi sempat mengirimkan pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam yang mengakibatkan terbunuhnya panglima Muslim, Zaid bin Harith.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...