YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

YA ALLAH, temuikanlah kami dengan MH370

Tuesday, 23 October 2012

Kanak-kanak 12 tahun cedera diayun topi keledar bapa

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera di kepala terkena topi keledar yang dihayun bapanya sendiri di sebuah flat di Farlim, Air Itam, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa terpaksa menerima beberapa jahitan angkara tindakan bapanya yang berang selepas bertengkar dengan ibu mangsa.

Menurut sumber, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pergi ke rumah berkenaan untuk mengambil kanak-kanak itu ke tempat kerjanya.
“Sudah menjadi kebiasaan lelaki itu untuk mengambil anaknya di rumah selepas waktu persekolahan dan membawanya ke tempat kerja.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, ibu mangsa enggan membenarkan anaknya mengikut suami sebelum berlaku pertengkaran antara mereka,” katanya.

Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit sudah berpisah dan tidak lagi tinggal serumah sejak beberapa tahun lalu dan bapa mangsa akan bergilir-gilir menjaganya.
Sumber itu berkata, lelaki terbabit juga dikatakan sempat melepaskan tumbukan hingga terkena mata bekas isterinya hingga lebam.

“Mangsa yang ketika itu baru pulang dari sekolah enggan mencampuri urusan ibu bapanya dan mengambil keputusan masuk ke bilik.
“Bagaimanapun, belum sempat mangsa masuk ke bilik, secara tiba-tiba bapanya yang berang menghayunkan topi keledar lalu terkena kepala mangsa,” katanya.

Menurutnya, kesan hayunan topi keledar itu menyebabkan kepala mangsa berdarah sebelum dikejarkan ke hospital oleh ibunya dan ahli keluarga lain.

“Mangsa bagaimanapun bernasib baik dan hanya menerima beberapa jahitan di kepala sebelum dibenarkan pulang oleh doktor,” katanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan ibu dan bapa mangsa dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

p/s: sudah-sudahlah menyiksa hidup si anak. Mereka tak minta dilahirkan pun ke dunia. Mereka lahir kerana anda. Mereka sudah cukup tersiksa apabila ibubapa bercerai. Ini ditambah lagi dengan kesakitan akibat pukulan bapa sendiri. Utamakan anak. Bukan keegoaan sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...