Pelajar Malaysia yang memuat naik gambar bogelnya bersama teman wanitanya di blognya bakal berhadapan dengan inkuiri disiplin.
Menurut National University of Singapore (NUS), pemegang biasiswa
Asean, Alvin Tan Jye Lee telah diberikan surat tunjuk sebab sebelum
sebuah jawatankuasa mengambil tindakan lanjut diambil terhadapnya.
Jurucakap NUS berkata The Straits Times of Singapore memberitahu,
Tan yang juga pelajar jurusan undang-undang tidak menerima biasiswa
berkenaan kerana dia sedang bercuti.
Tan telah dinasihatkan agar membuang semua gambar dan video yang dimuatnaik sebelum ini.
Jurucakap itu berkata pihak universiti mempunyai proses pemilihan
ketat terhadap penerima-penerima biasiswa berdasarkan pencapaian
akademik mereka dan pencapaian peribadi.
"Ini bukan memberi bayangan bahawa semua sarjana-sarjana kami seperti dia (Tan).
"Kebanyakannya pelajar-pelajar kami memberi sumbangan yang bermakna terhadap komuniti NUS, " katanya.
No comments:
Post a Comment